Sebelum ni, saya fikir saya seorang saja sukakan kucing. Until I met my ex roomate kak Mai. She's a pet lover especially cat. Dia sanggup spend duit untuk beli Frieskies dan bagi kucing-kucing kat kolej makan. Rasanya kalau nampak kucing dan tunang dia, dia berlari kejar kucing tu dulu barulah tunang dia. Itu kak Mai.
Hujung tahun lepas, dalam asyik meng'google' pasal kucing, saya terjumpa website PETFINDER. Dalam forum ini, lagi ramai pet lover saya kenal. Macam-macam pasal kucing saya baca. Dari segi pengalaman jaga kucing, penjagaan kesihatan, grooming, makanan, macam-macam la. Every single thing ada tentang kucing. Macam kat dunia lain. Kat dunia orang yang benar-benar hargai kewujudan kucing, dan juga anjing, tak kesah lah si cantik Maine Coon hatta kucing kurap sekalipun. Di sini tempat orang yang letakkan kucing sebagai keutamaan. Buat lah hal, pukul lah kucing, jagalah kucing sambil lewa, hinalah kucing kurap, anda teramat lah hina di mata pet lover.
Tapi kat luar sana, bukan semuanya pet lover. Masih ramai yang perlekehkan apa yang apa yang kami pet lover buat. Rumah yang bela kucing dianggap kotor. Kalau anda dijijik nak bersihkan poopoo kucing, anda lagi pengotor! Kalau anda tendang kucing kurap yang datang minta makan, anda lagi hina dari kucing kurap tu! Kalau anda rasa membazir belikan makanan untuk kucing, senaraikan balik perbelanjaan anda, ntah-ntah lagi banyak membazir dan tak mendatangkan pahala pun.
Dunia pet lover mungkin kecil di mata seorang yang bukan pencinta haiwan, tetapi cukup besar bagi pandangan kucing yang telah diselamatkan dari pelbagai bahaya dan penyakit. Antara yang pet lover sanggup lakukan:
- kutip kucing tepi jalan even kat rumah dah berpuluh ekor menunggu.
- spend duit beratus atau mungkin beribu semata-mata nak vaksinkan kucing atau nak bayar kos kucing yang sakit kronik, FIV, batu karang, lumpuh, etc.
- kurung kucing dalam rumah, bukan sebab nak halang kebebasan kucing, tapi fikirkan keselamatan kucing dan risiko sekiranya dibiarkan bebas (kena langgar, jatuh dari bangunan, kena makan ular, 'CATnap')
- sediakan tempat tinggal yang selesa, beli makanan yang mahal2 ikut citarasa si comel, supplement, mandikan kucing, hantar pergi grooming.
- menghargai dan menyayangi kucing seadanya.
Kalau diikutkan apa yang kawan-kawan pet lover buat, apa yang saya lakukan hanyalah sebahagian kecil dari mereka. Ada banyak lagi yang saya tak mampu lakukan dibandingkan mereka yang berhati mulia ni. Bila tanya apa yang pernah saya lakukan tak banyak mana pun. Tapi teringat saya 'bela' kucing masa di kolej dulu.
********************************************************************
Dekat kolej ada kucing yang tengah sarat mengandung tercari-cari tempat nak beranak. Orang kata kucing boleh tau orang suka dia ke tak. And kucing ni macam tau-tau je saya suka kucing. So masa nak terberanak, dia datang mengiau kuat depan bilik saya. Dalam hati terdetik mesti dah sampai due ni...hihihi. Nasib baik saya memang duduk seorang dalam bilik tu. So saya cari kotak then letakkan kucing dalam tu and sambung tidur. Hahaha bagus tak? Tau-tau je terjaga dengar bunyi anak kucing.
Sebabkan duduk seorang, jadi boleh lah simpan kucing tu dalam bilik, dan terpaksa keluarkan mommy kucing tu setiap kali pergi kelas, dan panggil dia balik lepas habis kelas. Haa...gila nak kurung masa saya takda, kang die ssshiishiiii dalam tu kang naya je.
During weekend or bila-bila nak keluar dari kolej untuk tempoh yang lama, saya pas kucing tu kat kak Mai atau another pet lover, Zuzu. Ramai tau baby sitter...haha. Kitties tu nak taknak memang kena simpan dalam bilik kitaorang. Sebab saya risau beruk2 yang notty kat situ makan dia.
Dari celik mata sampai lah pandai berlari saya 'simpan' dia dalam bilik. Sampai la budak-budak tu pandai kencing and poopoo merata-rata. Masa tu dah dekat study week, hari-hari study sambil main kucing. Lepas tu satu hal nak mop lantai 2-3 kali sehari sebabkan diorang poopoo or pee. Penat memang penat. Tapi tak apalah. Janji diorang selamat dari letak kat luar bilik. Bayangkan, saya kena mop lantai sebelum keluar pergi exam, dettol takda, saya pakai sanitizer dettol untuk make sure lagi bersih. Ambik ko! Hahaha..bila habis exam saya tinggalkan kucing tu kat Zuzu. Taktau la apa cerita kucing tu sekarang. Huhuhu
No comments:
Post a Comment