Tips

Furballs' shampoo:
Bulu kucing juga perlukan conditioner seperti rambut manusia. Jadi pilihlah shampoo yang terbaik untuk furballs anda.

Furballs' flea:
Kucing tergaru-garu sebab kutu? Hama? Frontline adalah antara product yang famous untuk membunuh kutu kucing. Frontline adalah selamat untuk kucing kerana ianya hanya berkesan pada binatang yang tidak bertulang belakang. Ianya disapukan pada celahan bulu di tengkuk kucing. 2-3 hari sebelum dan selepas penggunaan frontline, pastikan anda tidak memandikan kucing anda. Ini memudahkan minyak yang ada pada bulu kucing untuk menyebarkan frontline keseluruh tubuh kucing. Dan menambahkan lagi keberkesanan frontline. Shampoo kutu juga boleh digunakan, tapi ianya hanya berkesan dalam tempoh 3 hari sahaja.

Furballs' white hair:
Untuk kucing yang berbulu putih, boleh bilas dengan tepung jagung untuk hilangkan kesan kuning yang melekat dekat bulu. Tapi keberkesanannya sangat kurang. Di petshop juga ada jual product untuk memutihkan bulu kucing. Ada juga yang menggunting bulu kucing supaya tumbuh bulu baru yang putih sebagai alternatif.

Furballs' milk:
Kucing tak boleh minum susu lembu biasa. Susu lembu mengandungi lactose yang boleh menyebabkan diarrhea. Jadi lebih elok kalau anda berikan furballs minum susu yang dibeli dari petshop. Iaitu khas untuk kucing dan anjing dan tidak mengandungi lactose. Ada macam-macam brand yang dijual. Boleh rujuk pada vet yang mana terbaik untuk si comel. 

Furballs' food:
Isi di bahagian dada ayam sangat elok untuk furballs. Nak dibandingkan dengan wet food yang dijual di supermarket seperti Whiskas dan Friskies yang mengandungi banyak gel dan air. 

Semua info di atas adalah hasil bacaan saya dari forum Petfinder, blog2 tertentu dan pendapat dari veterinar. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...