Saturday, July 16, 2011

Just married!

Rinie dah kawen dengan kucing siam yang selalu datang rumah tu...ibu cakap dari semalam tah berapa kali round. Will update their pics later...*malas* hehe

Monday, June 20, 2011

Boyfriend Rinie



Haa...nampak...siamese kan tu?? Dia duk ngintai rinie depan sliding door, pukul 2 pagi okay...haha kalau Rinie suka yang ni saya terima je...hehehe

Saturday, June 18, 2011

Flashback

29 January 2011

Dulu masa diorang kenit2 excited nak diorang cepat besar. Haa...sekarang dah besar gedabak rasa nak furballs jadi kecil balik. *Doraemon...pinjam pintu suka hati boleh? Aku nak balik ke bulan January..hehe* 

Video ni dah simpan lama, tapi tak de masa nak haplod...kononnya nak edit dulu. Dah kata pemalas kan. Peram je la dalam folder. Hihihi

Thursday, June 16, 2011

WT.....Fish!!!




I try to record video shiro main air, fill up the pink basin with water and put shiro aside. Then going back to my room to take handphone and take this video...but...it's end up like........$#%^$ shiro pee dalam tu!!! shiro!! memang la your fur become yellowish je, buruk betul perangai...heeee...

shiro: hehehehe...*muka tak bersalah*

me: suka buat hal kan!??

shiro: ala tak tahan...gomenne~!!! hehehehe

Wednesday, June 15, 2011

Male cat for mating

Rinie still on heat...adehhh! Mana nak cari male kat ni? kat petshop semua mahal2, ada petshop tu pula kucing-kucing dia banyak yang sakit mata and bulu tak semenggah. Cari kat mudah.com yang free2 semuanya duduk jauh2 adoyaii...hari tu nampak kucing my neighbour, long hair cat, macam siamese, tapi tak tahu kucing siapa. Kucing tu main lalu lalang je depan rumah. Nak je catnap kejap bagi mating dengan Rinie, kira catch and release gitu...hikhikhik tapi kucing tu asal datang dekat je mesti lari. Lagipun dia outdoor cat, mesti banyak kutu. Hehehe

Sunday, June 12, 2011

Waiting list

There are soooooo many things that I want to buy for my furballs, will try my best to get it soon. Yeah!
But for this time being, I just need...
Number One
Cats' shoes
For female
And for male
Hihihi cute kan kan kannnn??

Number Two
Cats' Harness
The H-shaped Harness fits around the neck and under the forelegs. 
Number Three
Cat tree @ Cat scratcher
Number Four
Cat Shaver

Saturday, June 11, 2011

Baik beli Royal Canin!

Yesterday I went to Pet Lovers Centre, Mines. Looking for cat shaver! Nak tahu kenapa? Shiro dan Yuki dah besar. (Hehe tengok gambar pun tahu lah!) Sebabkan dah besar, both of them jadi nakal gila. Lari sana sini, buat sepah etc. But Shiro ni memang la kan, suka buat kotor, compare to Yuki yang lagi baik. Shiro suka celup tangan dalam mana-mana bekas yang berisi air (baldi, bekas air diorang, bekas pokok ibu) then dia kacau-kacau. Mula-mula tak percaya ibu cakap, sekali tu ternampak dia duk kacau2 air dalam baldi. Lepas tu bulu yang putih senanglah bertukar kuning. And dia suka duduk atas lantai yang basah. Hish! Nak sental guna shampoo kucing pun dah tak guna dah. Kuning juga. So, cara terbaik untuk masa sekarang adalah shave bulu dia. Tapi harga cat shaver tu RM60++! Adoyaiii...baik la beli royal canin dan tentu kenyang furballs tu.

Setakat ni belum ada bukti shiro buat macam tu, sebab baru berkejar nak ambil hp nak record, shiro tak main air dah. EEeeeee....

Thursday, June 9, 2011

Feed the cats

Happy gilerr malam tadi, bila balik kerja saya jumpa balik stray cat yang pernah saya bagi makan sebelum ni. Jadi malam tadi adalah kali ketiga saya bagi dia makan. Bayangkan malam-malam buta saya after balik kerja dalam pukul 1 2 pagi, saya akan berhentikan kereta kalau nampak kucing tu dan akan belikan friskies pack kecil tu dekat 7-11 terdekat. Feed them. 

Kucing tu ada 3 ekor anak. Kesian tau. First time saya ternampak dia masa balik kerja, terus patah balik ke 7-11 beli friskies bagi dia makan. Bayangkan kittens umur 2 - 3 bulan menyusu, mak dia pula keding je. Mesti diorang lapar kan. Tapi kittens tu akan lari bila saya datang dekat, so terpaksa jauhkan diri untuk make sure diorang makan. Makan dengan gelojoh lak tu. Kalau saya tak bagi makan, mana la mak dia nak cari makan kan? Kesian.Saya sempat cakap kat kucing tu "doakan org dapat kerja lebih baik ye dan murah rezeki". Sounds crazy kan? Tapi saya tau diorang doakan saya. =D

Few days after that jumpa lagi, saya bagi lagi makan. Masa tu kitten tu tinggal seekor je. Apa la nasib yang lain. T.T. Lepas tu lama gila tak nampak diorang dah. Risau. At last malam tadi jumpa balik. Hari-hari saya sengaja pilih jalan kat situ semata-mata nak cari kucing2 tu. Alhamdulillah, dapat juga bagi malam tadi. Lagi best bila mommy cat tu nampak saya terus dia datang dekat. Sebelum ni dia tengok je. Yeayy!! dia dah kenal saya. *HAPPY*

Saya share story ni bukan nak tunjuk baik. Tapi nak ajak anda buat baik. Apa kata kalau berpeluang, kita belikan sikit makanan kucing untuk kucing-kucing liar kat luar sana. Tak mampu nak bela pun, belanja makan sikit jadi lah kan. Saya rasa murah rezeki bila dapat tolong kucing ni. Kalau buat baik dengan orang, belum tentu orang baik dengan kita kan?? Buat baik dengan binatang, diorang sayang kita dan doakan kita. Allah lagi la sayang. =)

Monday, May 2, 2011

Rinie on heat!


Finally! Dapat juga haplod (upload) video ni, internet macam *tut* je lately ni. Huhu

Membesar dengan sihat!

Tengok la...yuki and shiro makin membesar. Ibu cakap dah tak comel dah. Haha. Takkan nak biar dia terbantut lak kan. Kang satu hal plak!

Port favourite yuki, window! Mengintai anak dara lalu.

Demok budak berdua ni, tak ada siapa yang kecik, dua-dua dah sama besar.

Ni kalau boleh nak masuk terus dalam bowl tu. Tak cukup cakap, nanti selam yuki dalam baldi terus. Hihihi

Rinie after bath. Wangi bau lavender tau!

Nyuruk!

Nyuruk apa, sebuk jilat bulu. Heee...hair dryer kan ada. Nak kering macam mana lagi?
Ubat cacing rinie, after vaccined Dr bagi untuk di makan 3 hari berturut2.

Ubat cacing pil.
Sebelum ni vet bagi dalam bentuk cecair. Tapi menurut pemerhatian vet tersebut, ubat cacing tersebut tak effective untuk semua jenis cacing yang boleh membiak dalam badan kucing. Tatau la apo namo cacing tu kan. Den tau cacing kerawit je. Hihihi. So sebagai pengganti, vet bagi jenis pil. Lebih berkesan katanya. Cara nak bagi makan, pegang tengkuk kucing anda, suruh dia nganga luas2. (Jangan harap dia nak buat! Ekeke) Apa lagi gunakan jari jemari anda yang mulus lagi gebu, buka rahang kucing, bagi dia ngap!! eh tak...sumbat la pil tu ke anak tekak, nanti dia telan la. Senang tapi susah. haa...camno tu? Kalau pandai handle sekejap je masuk dalam mulut dia. Saya ambil masa dalam 3-4 minit untuk bagi rinie makan for the first time. Then, less than 1 minute for 2nd time. So easy! Hehe.

Sunday, April 24, 2011

Powwow Cat Show at Mines Shopping Mall

15 & 16 April 2011

On Sunday, I went to Mines Shopping Mall with my lil sis and my lil bro. Macam biasa, kalau bawa diorang ni confirm orang ingat anak. Cets. Ni la gap jauh sangat. Ada seorang chinese promoter approached me to promote Life Insurance for children. Heh, sorry they are my siblings lah not my kids! Not yet okay...hahaha
Masa pergi sana, banyak anjing dari kucing. Anjing yang diorang bawa semua comel2 and well behave. So, saya and my bro and sister memang tak takut la nak lalu sebelah anjing tu, most of them are Shih Tzu. Siap pakai baju lagi. Ni yang nak beli juga untuk furballs ni. Cute sangat tengok baju puppy tu.

Masuk ke khemah yang ada kucing, tengok kucing sikit sangat. Boleh dikira guna calculator. Hihi. Tapi tak kesah la. Janji my lil bro and sis happy tengok kucing tu. Kakak dia lagi la terlebih happy kan. Kucing2 yang masuk comptetion ni macam2 breed ada termasuk domestic short hair atau stray cat atau kalau tak faham2 gak, kucing tepi jalan. Hahahahha
Persian. Pemalas ni, orang cuit2 dia syok je tidur. Krohh2. Tipu je. Mana de kucing snoring!

Tengok muka macam scottish fold, tapi telinga tak fold pula! Ni sombong sikit, payah nak ambil gambar muka dia, artis la konon. Hihi


Haa...kucing biasa pun ada tau! Nice colour.

Persian. Putih macam shiro and yuki. Suka2.

Persian. Ganas muka dia ni. Haha

Bengal kot.


If im not mistaken, this is British short hair, ke russian blue? eh ntah la...=D


Kucing penyet..haha!

Just like my previous cat...lewinsky

sama gemok macam budak tu kan. Hihi

American curl!!!



After that we had our lunch at Sushi King. Lapar kot. Tengah2 tengok kucing. Aisyah ajak makan pula. Kebulur dah budak tu.

We love this! Ika geso kara age (google translate: sotong goreng tepung) =p


Tuna boat inari & Kani mayo

Budak gemok si kaki bangku. ^.^

Tuesday, April 12, 2011

Pet Lover

Sebelum ni, saya fikir saya seorang saja sukakan kucing. Until I met my ex roomate kak Mai. She's a pet lover especially cat. Dia sanggup spend duit untuk beli Frieskies dan bagi kucing-kucing kat kolej makan. Rasanya kalau nampak kucing dan tunang dia, dia berlari kejar kucing tu dulu barulah tunang dia. Itu kak Mai.

Hujung tahun lepas, dalam asyik meng'google' pasal kucing, saya terjumpa website PETFINDER. Dalam forum ini, lagi ramai pet lover saya kenal. Macam-macam pasal kucing saya baca. Dari segi pengalaman jaga kucing, penjagaan kesihatan, grooming, makanan, macam-macam la. Every single thing ada tentang kucing. Macam kat dunia lain. Kat dunia orang yang benar-benar hargai kewujudan kucing, dan juga anjing, tak kesah lah si cantik Maine Coon hatta kucing kurap sekalipun. Di sini tempat orang yang letakkan kucing sebagai keutamaan. Buat lah hal, pukul lah kucing, jagalah kucing sambil lewa, hinalah kucing kurap, anda teramat lah hina di mata pet lover.

Tapi kat luar sana, bukan semuanya pet lover. Masih ramai yang perlekehkan apa yang apa yang kami pet lover buat. Rumah yang bela kucing dianggap kotor. Kalau anda dijijik nak bersihkan poopoo kucing, anda lagi pengotor! Kalau anda tendang kucing kurap yang datang minta makan, anda lagi hina dari kucing kurap tu! Kalau anda rasa membazir belikan makanan untuk kucing, senaraikan balik perbelanjaan anda, ntah-ntah lagi banyak membazir dan tak mendatangkan pahala pun.

Dunia pet lover mungkin kecil di mata seorang yang bukan pencinta haiwan, tetapi cukup besar bagi pandangan kucing yang telah diselamatkan dari pelbagai bahaya dan penyakit. Antara yang pet lover sanggup lakukan:

  • kutip kucing tepi jalan even kat rumah dah berpuluh ekor menunggu.
  • spend duit beratus atau mungkin beribu semata-mata nak vaksinkan kucing atau nak bayar kos kucing yang sakit kronik, FIV, batu karang, lumpuh, etc.
  • kurung kucing dalam rumah, bukan sebab nak halang kebebasan kucing, tapi fikirkan keselamatan kucing dan risiko sekiranya dibiarkan bebas (kena langgar, jatuh dari bangunan, kena makan ular, 'CATnap')
  • sediakan tempat tinggal yang selesa, beli makanan yang mahal2 ikut citarasa si comel, supplement, mandikan kucing, hantar pergi grooming.
  • menghargai dan menyayangi kucing seadanya.
Kalau diikutkan apa yang kawan-kawan pet lover buat, apa yang saya lakukan hanyalah sebahagian kecil dari mereka. Ada banyak lagi yang saya tak mampu lakukan dibandingkan mereka yang berhati mulia ni. Bila tanya apa yang pernah saya lakukan tak banyak mana pun. Tapi teringat saya 'bela' kucing masa di kolej dulu.

********************************************************************
Dekat kolej ada kucing yang tengah sarat mengandung tercari-cari tempat nak beranak. Orang kata kucing boleh tau orang suka dia ke tak. And kucing ni macam tau-tau je saya suka kucing. So masa nak terberanak, dia datang mengiau kuat depan bilik saya. Dalam hati terdetik mesti dah sampai due ni...hihihi. Nasib baik saya memang duduk seorang dalam bilik tu. So saya cari kotak then letakkan kucing dalam tu and sambung tidur. Hahaha bagus tak? Tau-tau je terjaga dengar bunyi anak kucing.

Sebabkan duduk seorang, jadi boleh lah simpan kucing tu dalam bilik, dan terpaksa keluarkan mommy kucing tu setiap kali pergi kelas, dan panggil dia balik lepas habis kelas. Haa...gila nak kurung masa saya takda, kang die ssshiishiiii dalam tu kang naya je.
During weekend or bila-bila nak keluar dari kolej untuk tempoh yang lama, saya pas kucing tu kat kak Mai atau another pet lover, Zuzu. Ramai tau baby sitter...haha. Kitties tu nak taknak memang kena simpan dalam bilik kitaorang. Sebab saya risau beruk2 yang notty kat situ makan dia.

Dari celik mata sampai lah pandai berlari saya 'simpan' dia dalam bilik. Sampai la budak-budak tu pandai kencing and poopoo merata-rata. Masa tu dah dekat study week, hari-hari study sambil main kucing. Lepas tu satu hal nak mop lantai 2-3 kali sehari sebabkan diorang poopoo or pee. Penat memang penat. Tapi tak apalah. Janji diorang selamat dari letak kat luar bilik. Bayangkan, saya kena mop lantai sebelum keluar pergi exam, dettol takda, saya pakai sanitizer dettol untuk make sure lagi bersih. Ambik ko! Hahaha..bila habis exam saya tinggalkan kucing tu kat Zuzu. Taktau la apa cerita kucing tu sekarang. Huhuhu

Thursday, March 24, 2011

Shashin~!!!

Latest pics from adorable furballs~!!!
*chii-zu!*

Benefit of adopting cats, you don't have to buy accessories to decorate your home...they can be your decor item...hehehehe




But becareful of this behaviour!! *Hey stop it Yuki!!*
Feather duster laying on the floor


 *Shiro..nani o shimasu ka?*

Mommy Rinie!!!

 SMILE..hmmm..eeeyy smile lah Rinie! Haha

Finally Rinie's health record reach home - from kak Sue

Somebody who called 'gemok' gave it to me when i'm not in good mood...hahaha 
YEAYY!! thanks gemok!!

Friday, March 18, 2011

I want to adopt lions and tigers!

Sweetkan video ni? Saya suka sangat-sangat tengok. Ntah berapa kali ulang. Dari dulu lagi berangan nak bela lion and tiger. Serious ni bukan main-main ok. They are so cute!!! Tak kesah la diorang nak baham ke apa ke, janji dapat sentuh diorang. Baik kena baham dengan harimau atau singa dari kena baham dengan orang, ye tak? Hahaha...bila la dapat pegang macam that guy pegang all the fur things...lagi-lagi la dapat cuddle, hugs and kisses macam tu. So adorable! Tapi kat Malaysia mana boleh bela diorang. Hmm...*sedih*

Pernah saya terjumpa satu iklan kat Mudah.com. TIGER FOR SALE! tapi the next day tengok dah tak ada ads tu, kalau la boleh buy and adopt them * want more than one...okay. tamak*. Bayangkan kalau kita bela harimau atau singa kat rumah. Haaa...sure tak payah risau pencuri nak masuk ke apa. Buka je pintu luas-luas. Biarkan segala home theater, laptop APPLE, iPhone, duit dan lain-lain bersepah. Tak payah risau lah! Hahah...pencuri kalau dengar dia mengaum dah mengucap awal-awal kot. Hihi tau takut! Tapi kan tak larat la kot nak dukung diorang. Dapat naik atas diorang and jalan-jalan kat taman mesti cool giler...kan kan kan?? Hahahahaha....

Tapi tu semua angan-angan yang tak mungkin jadi kenyataan. Miracle miracle...poooffttt!!! Jadi la kenyataan...hehehhe ingat cerita Aladdin?? Jangan harap! Takpa lah. Since warna fur Rinie macam lion, anggap je la Rinie tu lion cub. Hehehehehe

Wednesday, March 16, 2011

Latest news!

Lama rasanya tak update blog ni..busy betul..furballs pun dah macam2 dah perangai dia...

Rinie: dia dah dapat adapt dengan environment kat rumah ni. Alhamdulillah...takda lah asyik   menyuruk bawah katil je. Manja betul sekarang. And also dah makan banyak sikit. Tapi still sikit kalau nak compare dengan kucing dewasa yang lain. Dia pun dah boleh main-main dengan anak dia, Yuki dan Shiro. Dah ingat balik kot tu anak dia. Haha...kalau Yuki dan Shiro menjerit laju je datang. Takut sangat orang cekik anak dia. Padahal peluk geram je...hihihi


Yuki: budak ni macam biasa, tahu pee kat lubang dalam toilet. Dah tak manja, tau nak melompat, terbang gaya bebas, lari pecut seratus meter and bla bla...dia dah makin gemok. Nak sama dengan Shiro dah. 

Shiro: Lebih kurang macam Yuki. Hyperactive!!! Rajin 'mengemas'...nozzle hair dryer di angkut ke mana saja dia suka. 

Shiro & Yuki: suka main kejar sama2 (include Rinie), protes bila tak dapat kuar dari cage lebih dari timing dia, tunggang terbalik bekas makanan, suka sepahkan pasir dia, tolong 'clear'kan barang atas meja and minum air dari bekas pokok my mum atas meja sambil 'cantikkan' daun pokok hiasan tu...notty kan?!! Bulu kat kaki and chest diorang makin kuning...huwaaa!! Kena cari bleach kat petshop dengan kadar segera!! haha



Sunday, February 27, 2011

Hasil sumbang mahram.

Pernah dengar orang cakap tak elok kahwinkan kucing adik beradik atau mak dengan anak atau anak dengan bapak atau apa saja yang dipanggil sumbang mahram? Pernah? Nak tahu kenapa tak elok dan tak boleh? Situasinya sama macam manusia. Anak kucing hasil dari sumbang mahram mudah terkena serangan penyakit dan mempunyai daya ketahanan yang lemah. Salah satunya kesannya adalah seperti di bawah.

Kucing comel ini sebenarnya berusia 6 bulan. Tapi hampir sama saiz dengan furballs saya yang berusia 2 bulan. Tumbesarannya terbantut! Haa...jadi kucing renek kau! Salahkan mak bapak dia. Hahaha...

Yang ni pun sumbang mahram juga. Kucing2 zaman sekarang. Kecik2 lagi dah pandai buat hal. Tengok tu...si hitam tu hisap susu si putih. Yang putih tu pulak hisap susu sendiri. Apa kejadahnya...*kata Wan Kamarulzaman* Haha...lucah betul kucing2 zaman sekarang. Oit! cover sikit...!!! 

 
Perhatian: Ini bukan hasil sumbang mahram ye! Sekadar selingan. Hehe. Nampak stray cat ni sihat je kan. Badan gebu. Macho lagi tough tu. Geram tengok!

Tapi bila dia bangun, baru saya nampak kekurangannya. Kalau anda perasan, tangan sebelah kanan kucing ni tak ada. Menurut salah seorang customer Honey Pet Shoppe ni, kucing ni excident, tangan dia patah, lepas tu tak boleh diselamatkan, jadi Dr kat clinic ni terpaksa potong tangan dia. Kesian dia, tapi dia bernasib baik jumpa Dr yang baik hati jaga dia sampai sihat macam ni. Comel betul walaupun KKU (kucing kurang upaya). Harap kita semua dapat tolong kucing2 macam ni. Kan?

Semua gambar di atas diambil di Honey Pet Shoppe, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Veterinar atau pet shop macam ni la yang kita patut cari. Bukan setakat service bagus, friendly, pet lover dan yang paling penting dia tolong kucing2 dalam kesusahan. Saya suka! Sebab saya pernah dapat layanan sebaliknya di sebuah petshop yang lain. Hmm.

How to apply Frontline Spot On

Fleas   Ticks   Lice   Mites

Frontline Spot On
Frontline membunuh semua peringkat kitaran hidup kutu dan hama (telur, larva dan dewasa). Ianya menyerap ke seluruh permukaan badan kucing dalam jangka masa 24 jam melalui minyak yang terhasil dari peluh kucing. Mandi atau pendedahan kepada air tidak mengurangkan keberkesanan Frontline. Boleh digunakan pada kucing yang berumur 8 minggu ke atas, kucing bunting atau yang masih menyusukan anak. Berkesan sehingga 4-6 minggu.

Spot On Frontline biasanya dijual dalam tiub berbentuk segi tiga dan bermuncung panjang. Tapi vet saya suggest beli yang dia sudah masukkan dalam syringe. So saya hanya gunakan 0.50ml for each furball. Biasanya, ada sesetengah orang yang suka serahkan segala2nya kepada vet or petshop untuk uruskan furball mereka. Apa kata kita beli sendiri banyak2 dan cari yang murah dan buat sendiri. =)

 
1. Selakkan bulu furballs anda di bahagian belakang tengkuk.
 
2. Picitkan Frontline sepanjang belahan tersebut.

 
3. Rapatkan kembali bulu furball, boleh buat style ala2 spiky hair. Haha. 

4. Titiskan juga sedikit di bahagian cuping telinga furball anda.


 
5. Ulangi langkah 1-4 pada furball yang lain. Hehe.

Tips: untuk memastikan keberkesanan Frontline, jangan mandikan furball anda 2 hari sebelum dan selepas penggunaan Frontline.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...