Korang suka kucing? Sayang kucing? Saya pun. Nabi pun sama. Sanggup dia koyakkan lengan jubah semata-mata taknak kejutkan kucing yang tidur atas jubah dia. Nama kucing tu Mu'ezza. Sanggup buat macam tu? Saya memang tak sanggup. Saya cuma akan angkat dan letak atas katil, comel kan? Hihi tapi saya sanggup spend money untuk kucing. Setakat yang mampu.
Ada yang cakap, kucing tak boleh dijual beli. Ada yang kata haram makan hasil jualan kucing, beli pun haram. Tapi saya tak pasti yang mana satu betul. Tapi saya beli juga sebab nak juga kucing tu. Kalau kutip tepi jalan ibu tak fikir panjang nak buang. Kenapa la dia tak boleh sayang kucing macam mana saya sayang kucing? Hmm. Sedih. Kucing sepatutnya binatang untuk dikasihi dan disayangi.
Tak faham kenapa ada orang yang sanggup aniaya kucing. Pukul kucing sebab curi ikan. Rembat dengan penyapu bila berak dan pancut rata-rata. Pijak. Bunuh. Hey! Kucing tak tu tak ada otak. Tak boleh fikir. Tapi kita manusia? Ada otak dan boleh berfikir kan? Biar lah apa kucing tu nak buat. Dia memang tak pandai berfikir. Tapi kucing ada perasaan. Tolong la faham.
Ada beza orang yang suka kucing dengan yang tak suka.
Cats' lover:
+ mana pun dia pergi, kucing mesti senang dekat dengan dia. Kucing pun ada instinct tau! Dia tau siapa sayang dia, siapa yang tak.
+ kalau kucing datang kat kaki minta makanan masa makan di gerai, dia sanggup campak sikit makanan bagi kucing tu makan, walaupun dia lapar sebenarnya.
+ kucing tepi jalan hatta kucing kurap pun dia kata comel.
+ kalau kucing dia yang mati, perkara biasa la tu kalau air mata meleleh keluar. Walaupun dia lelaki.
+ bila nampak kucing kena seksa, mudah rasa simpati. Ada masanya berlinang air mata.
+ bila kucing masuk rumah, sebelum dia halau, mesti dibelainya kucing tu dulu. Ada rezeki kucing tu, siap dapat makan lagi.
Cats' hater:
+ dia nampak kucing kat mana-mana. Sikit pun dia tak kisah. Kucing pun tak hingin dekat dengan dia kecuali kalau lapar. "ada aku kisah?" kata si comel.
+ kalau kucing mengiau2 minta makanan, senang-senang je dia sepak kucing tu. Ada yang jirus air. "tak berperikemanusiaan betul! mesti dia bukan manusia" kata si comel.
+ kalau dia tengok orang nangis sebab kucing mati. Mesti berdekah-dekah dia gelak macam tengok Mr Bean. "kau gelak masa aku mati nanti, tiap2 malam aku jadi hantu kacau kau, tahu?!" kata si comel.
+ bila tengok video kucing kena seksa, contohnya : Kucing dan sellotape suka je dia gelak2.
+ kalau kucing masuk rumah. Penyapu dah standby dalam tangan. Lintang pukang la kucing tu jadinya. Kadang-kadang kucing tak sempat nak bagi salam dia dah menjerit halau kucing. "Heee...nabi tak suka tau! Aku lagi la" kata si comel.
Dari dulu suka berangan, kalau boleh nak kutip kucing tepi jalan, bela banyak2 dalam rumah yang besar. Bagi diorang makan. Tempat tinggal yang selesa. Harap murah la rezeki nanti, so boleh la buat macam tu. Ada rumah besar, yang penuh dengan kucing comel yang gemok2. Tak kesah la kucing tepi jalan, parsi, scottish fold atau apa-apa breed pun. Janji diorang sihat dan happy.
Sebelum saya dapat capai impian ni, rupanya ada orang lain yang dah buat dulu. Papa meow. Dan yang baik hati macam Papa hero. Banyak entri dalam blog diorang yang buat saya menangis. Mulia sangat hati mereka ni. Moga syurga ganjaran yang diberikan. Harap sangat saya dapat jadi macam mereka, especially masa dah ada rumah sendiri nanti. Masa tu siapa yang berani halau atau jentik si comels saya, saya buka pintu luas-luas. SILA KELUAR!
No comments:
Post a Comment