Pernah dengar orang cakap tak elok kahwinkan kucing adik beradik atau mak dengan anak atau anak dengan bapak atau apa saja yang dipanggil sumbang mahram? Pernah? Nak tahu kenapa tak elok dan tak boleh? Situasinya sama macam manusia. Anak kucing hasil dari sumbang mahram mudah terkena serangan penyakit dan mempunyai daya ketahanan yang lemah. Salah satunya kesannya adalah seperti di bawah.
Kucing comel ini sebenarnya berusia 6 bulan. Tapi hampir sama saiz dengan furballs saya yang berusia 2 bulan. Tumbesarannya terbantut! Haa...jadi kucing renek kau! Salahkan mak bapak dia. Hahaha...
Yang ni pun sumbang mahram juga. Kucing2 zaman sekarang. Kecik2 lagi dah pandai buat hal. Tengok tu...si hitam tu hisap susu si putih. Yang putih tu pulak hisap susu sendiri. Apa kejadahnya...*kata Wan Kamarulzaman* Haha...lucah betul kucing2 zaman sekarang. Oit! cover sikit...!!!
Perhatian: Ini bukan hasil sumbang mahram ye! Sekadar selingan. Hehe. Nampak stray cat ni sihat je kan. Badan gebu. Macho lagi tough tu. Geram tengok!
Tapi bila dia bangun, baru saya nampak kekurangannya. Kalau anda perasan, tangan sebelah kanan kucing ni tak ada. Menurut salah seorang customer Honey Pet Shoppe ni, kucing ni excident, tangan dia patah, lepas tu tak boleh diselamatkan, jadi Dr kat clinic ni terpaksa potong tangan dia. Kesian dia, tapi dia bernasib baik jumpa Dr yang baik hati jaga dia sampai sihat macam ni. Comel betul walaupun KKU (kucing kurang upaya). Harap kita semua dapat tolong kucing2 macam ni. Kan?
Semua gambar di atas diambil di Honey Pet Shoppe, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Veterinar atau pet shop macam ni la yang kita patut cari. Bukan setakat service bagus, friendly, pet lover dan yang paling penting dia tolong kucing2 dalam kesusahan. Saya suka! Sebab saya pernah dapat layanan sebaliknya di sebuah petshop yang lain. Hmm.