Sunday, January 30, 2011

Royal Canin

Yesterday, i went to the petshop to buy food for my furballs, this time i choose Royal Canin instead of Iams. Bila bawa balik, furballs makan banyak tu! Lebih banyak dari biasa. Haha...suka betul dia makan RC. Mentang2 la lagi mahal dari Iams. Choosy lah!


Yuki gedix, sebuk je nak menempek dalam gambar ni. Haha.

Saturday, January 29, 2011

Vaccined and dewormed

Hee...busy busy!!! Tak sempat nak update psal furballs..hehehe

25 Januari 2011

After ask doctor, saya decide nak bawa furballs pergi vaksin and deworm walaupun belum cukup 2 bulan. Ni first time pergi vet sendiri. Kucing2 sebelum ni semua ayah yang settle kan. Ingat dulu dia bawa my cat, Comel, naik motor pergi vaksin. Haa...naik motor tau! Dia pegang macam tu je, takda cage sambil bawa motor, vroomm..vromm..rempit kau Comel dengan ayah! Hahaha..Oopse! Back to the topic.

Furballs ni poopoo dia soft and berdarah, risau juga, bloody diarrhea tu. So,
1. First, doctor check suhu dia, takut demam ke apa. Kesian kau, dua-dua kena sontot. Hahahaha tak tau pula sebelum ni yang kalau nak check suhu, doctor sumbat thermometer kat situ. Menjerit-jerit furballs ni. Saya pula seksa tengok.

2. Then, doctor cakap tak demam pun. Alhamdulillah. So dia cakap maybe sebab kecacingan atau suddenly change their diet, from whiskas to iams, so ada radang dalam perut yang buat dia berdarah. Eh macam ni ke doctor explain? Hentam je la kan. Hihi. Doctor suapkan furballs dengan ubat cacing. Rasa apa tu? Yuki sedap je telan, cuma Shiro je yang meronta tak suka. Doctor cakap ubat tu rasa daging *mesti dia pernah rasa..haha* mula-mula memang akan rasa sedap, but then akan rasa pahit. Sebab tu Shiro tak suka.

3. Kat bulu furballs juga doctor cakap ada hama, ohh saya ingat tu telur kutu. Tak sama rupanya. Hihi. Hama ni melekat kat bulu dia, and akan hisap protein yang ada dalam bulu kucing. Ni boleh sebabkan bulu dia patah dan gugur. As a solution, doctor letak Frontline (ubat kutu) kat tengkuk dia. Tapi kalau ikut apa yang saya baca kat Petfinder, kitten below than 2 months tak boleh letak Spot-on Frontline, kena letak yang spray je, sebab boleh jadi keracunan. Then, apa yang doctor cakap, sebenarnya Frontline ni cuma berkesan pada binatang tak bertulang belakang, takda effect kat binatang yang bertulang belakang. Ohooo...haa korang ada kutu tak? Boleh la try...hahaha Now, dah nampak kurang dah hama tu, Yeayyy!!












Sunday, January 23, 2011

Drama rama

BIasanya kalau cari saya tak jumpa, furball sorang2 dia akan menjerit, cari kawan. So bila dengar one of them mengiau kuat, saya jerit la suruh dia datang sini, and biasanya laju je dia lari datang sini. Tapi panggil2 tak datang2 juga! Tapi still menjerit. So saya cari la, ternampak bayang Yuki dekat langsir, rupanya dia kat luar!! Sliding door tertutup and dia tak boleh masuk. OMG! camne dia boleh keluar dari rumah ni? Mesti panjat ikut tingkap bilik. NASIB BAIK dia tahu jerit nak masuk rumah...kalau tak...nangis...nak gugur dah jantung ni ha..dia tiba-tiba boleh ada kat luar. Yuki...Yuki...haishhh...

Muka-muka comel furballs masa tidur.

are you sleeping...are you sleeping...Zzzz

port favorite Yuki

pose macam ni pun okay..hihi

kalau dah ngantuk tu, tengah pegang pun lentok!!

After shower

Sunday, January 16, 2011

Neko chan no shashin~

15 Januari 2011


Finally, my lil sis and bro dapat tengok furballs ni, bukan main lagi diorang excited. Habis dikejarnya furballs tu, aishah siap terpijak lagi. Dah dua2 terkejut. Kesian pula tengok furballs macam takut-takut je dengan diorang, tiba2 jadi garang. Ammar pegang kucing bukan pegang betul2, dia pakai pegang bulu je nak angkut!!! Aishh...gugur la bulu furballs macam ni. Mesti diorang stress lebih. Kesian my furballs..huhu tak boleh bagi budak2 gilo ni main selalu...huhu

From left: Aishah, Ammar (orang asli version cerah sikit..haha =p)

16 Januari 2011

Saja play video Shiro and Yuki tengah makan, konon nak tunjuk kat Yuki. Excited la sekejap tengok dia diam je layan video dia. Rupa-rupa dia....

Macam ni pun boleh bantai tidur kan?

 ceits!! Terpedaya...
Yuki went to lalala land
 Shiro pun nak join sama, panjat atas katil and.....

 
zZZZZzZZZZzZ....

Tangkap lentok ni..haha

Wednesday, January 12, 2011

Furballs' story

12 Januari 2011

First time saya tunjuk kat ayah one of my furballs, Shiro, ayah pun geram je tengok comel sangat! And ayah siap cakap jangan bawa kitty ni tunjuk kat my lil sister and bro, (Aishah and Ammar) takut kena picit2 karang. Hhahaha...of course i wont let them doing that! *tercekik kucing aku kang* Hee...After that ayah ajak temankan dia jumpa customer, so terpaksa la bawa Shiro sekali. Dia okay je. But masa nak balik ke my car, kereta dah panas kena matahari, masuk2 je Shiro terus menjerit sekuat hati. Sampai ayah yang berdiri jauh dari kereta pun boleh dengar. Huhu, then, we went to petshop to buy shampoo for my furballs, dari 1st day adopt tak mandi, busuk kot! Haha...shampoo kitty ni pula RM14, lagi mahal dari shampoo Pantene saya. Aiyakkk!! Ni baru shampoo..belum kira yang lain2. Hadoiii!!

Sampai rumah, Shiro baru diam. After that dia tidur, angkat letak balik pun dia buat lembek je sambil terus tidur. Cuak kot..sakit ke? tolak2 pun slamber je dia tidur.

13 Januari 2011
2.00am

Balik je dari office tengok Shiro okay, Yuki entah mana hilang. My mum lepaskan furballs dari cage dia masa saya pergi kerja. Hasilnya, ada poopoo on my bed after that bau pula kat bilik my mum. Yuki poopoo bawa katil ibu! Habis la! Nanti ibu marah, tapi siapa suruh lepaskan. Hehehe...dah tengah2 malam kena tukar cadar plak! Ada orang buat macam tu? AAAAarrghh tension okay!!

9.00am

Bangun2 je bersihkan cage furballs and after that mandikan diorang. Masa mandikan Yuki, Shiro yang bising, masa mandikan Shiro, Yuki pula bising. Terbalik! Dua2 senyap masa dah kena jirus and senang je mandikan furballs ni. Takde kena cakar2. Fuhh nasib baik!!! Now dua2 dah wangi. Yeay!!!



Monday, January 10, 2011

Day 4: Get to know Yuki and Shiro

Dah 4 hari Yuki and Shiro (previously called as Mu'ezza) stay with me. Alhamdulillah both dapat adapt the environment rumah ni dengan cepat. Even dari 1st day lagi diorang nampak enjoy je, main lompat-lompat, explore setiap sudut rumah sampai saya terpaksa lap lantai *especially yang celah2 sempit yang diorang suka menyelit tu* Huhu...tak nak bulu diorang kotor terkena habuk punya pasal. Haish...terpaksa owner dia jadi rajin sikit. Hahaha..So setakat ni ada few things yang saya dah faham tentang my furballs ni.

Yuki vs Shiro
watchaa~!!!
Yuki tertidur sambil duduk. Kawaii ne~!!



sleeping...ZzZZzz

Yuki
+ paling tak suka kena kurung, masuk je dalam cage dah menjerit2 and panjat2 nak keluar
+ makan sikit je, tapi dia lagi suka minum susu walaupun dah bagi wet food.
+ tak boleh dibiar bersendirian, nanti mula la dia 'meow'ing loudly until dia nampak saya baru dia diam.
+ suka ikut saya jalan dalam rumah ni, kalau pergi dapur ke masuk bilik ke, laju je ikut...jalan terkedek-kedek! so comel ok!!! haha

Shiro
+ mula-mula dia ok je kalau kena kurung, but now dah start menjerit2 macam Yuki juga...adoii!
+ makan banyak, bagi dry food aims, wet food, or chicken dia laju je makan. Tapi tak berapa suka sangat susu compare to Yuki
+ macam owner sebelum ni cakap, dia memang aktif, tak reti duduk diam...hihi

And both dah pandai panjat katil saya. Hahaha

Saturday, January 8, 2011

Welcome home my adorable furballs!!!

mode: excited gila nak story psal my new kitties ni okay? haha

Actually dari last month saya dah bercita-cita untuk mendapatkan seekor kucing putih gebu sebagai pengganti shiro. Seekor sahaja okay? search punya search jumpa la seekor kitten kat mudah.com. Terus call owner dia cakap nak. Masa tu baru few days born. Dari sehari ke sehari nak pergi tengok, tapi ada je penghalangnya. Yang owner tu mula-mula cakap nak book the kitten for me, kira after 2 months baru nak let go. But after that, balik-balik tanya betul ke nak kucing tu. Hati dah mula tak sedap. Last friday, got sms from her, cakap nak naikkan harga sebab mata kitten dia kononnya sebelah biru sebelah kuning. Heee...tau nak cari untung je, macam tak ikhlas cari owner untuk jaga kucing2 dia.

end...hehe

So apa lagi, terus cari pula dekat petfinder, jumpa lagi white persian kitten for sale, but at the same time tergoda pula dekat another kitten colour orange, salah faham masa tu, ingatkan owner tu ada 2 oranges, 1 white and 1 brown.

Pagi tadi buka petfinder, tengok owner tu update tinggal orange colour je. Alamak!! white colour dah kena jual??? ohh noooooooooooooooooooooooo!!! tension call2 dia tak jawab. Terus tidur siap mimpi2 lagi...akakaka *teruk betul!*

********************************************************************************

Terjaga dari mimpi, kebetulan owner tu sms, semua ada lagi brown dah jual. Tot tet tot tet terus dial no dia, call cakap nak datang tengok, tengok aje okay? duit belum masuk, at the same time call talian hayat. Ayah! yes ayah bagi pinjam duit dulu, gaji masuk kena bayar balik. *adesss!!!*

3.30PM
Fetch my friend, hidayah dekat rumah dia then we went to the pet owner home. OMG!!! bila buka pintu tengok mommy n daddy kitten tu dah rasa nak menjerit bagi satu kondo tu dengar. Hahaha *aku tak kira!* Bayangkan my reaction masa kittens tu pula. *ok now close ur eyes, and image...ten ten tennn*

*pot pet pot pet* The owner yang bernama Suehani yang baik hati tu, suruh bayar dulu mana yang boleh, boleh bawa the kitties balik, and bayar yang lebih masa dapat gaji nanti. Ohh sis...i love you so much!!! She trust me untuk bayar yang lebih2 tu later. Thank you so much sis!!! =D

Ok dah malas nak type dah. Make it short.
Saya balik dengan hati senang. Hihi

Duit manyak terbang tapi hati manyak senanggg!!!

OKAY...soalan quiz musim pertama:
1. Berapa ekor kucing yang sepatutnya dibeli oleh saya?
2. Apakah tujuan asal saya pergi berjumpa owner kucing2 comel tersebut?

Sila sms kan jawapan anda di no 09012011. Haa...nombor apa pulak ni? hihi

Saturday, January 1, 2011

I LOVE CATS!!!





I really love cats ok! Not cat but cats. haha

Sebabkan rindu dekat Shiro yang telah menghilang about 2 years ago, I start to plan to adopt cat *or maybe cats* hehe. Now tengah tunggu my future kitten membesar than baru boleh adopt dia. Few weeks to go, hmm lambatnya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...