Finally! Dapat juga haplod (upload) video ni, internet macam *tut* je lately ni. Huhu
Sandpaper kisses on a cheek or a chin- that is the way for a day to begin! Sandpaper kisses- a cuddle and a purr. I have an alarm clock that's covered in fur! ~ Bobbi Katz ~
Monday, May 2, 2011
Membesar dengan sihat!
Tengok la...yuki and shiro makin membesar. Ibu cakap dah tak comel dah. Haha. Takkan nak biar dia terbantut lak kan. Kang satu hal plak!
![]() |
| Port favourite yuki, window! Mengintai anak dara lalu. |
![]() |
| Demok budak berdua ni, tak ada siapa yang kecik, dua-dua dah sama besar. |
![]() |
| Ni kalau boleh nak masuk terus dalam bowl tu. Tak cukup cakap, nanti selam yuki dalam baldi terus. Hihihi |
![]() |
| Rinie after bath. Wangi bau lavender tau! |
![]() |
| Nyuruk! |
![]() |
| Nyuruk apa, sebuk jilat bulu. Heee...hair dryer kan ada. Nak kering macam mana lagi? |
![]() |
| Ubat cacing rinie, after vaccined Dr bagi untuk di makan 3 hari berturut2. |
Ubat cacing pil.
Sebelum ni vet bagi dalam bentuk cecair. Tapi menurut pemerhatian vet tersebut, ubat cacing tersebut tak effective untuk semua jenis cacing yang boleh membiak dalam badan kucing. Tatau la apo namo cacing tu kan. Den tau cacing kerawit je. Hihihi. So sebagai pengganti, vet bagi jenis pil. Lebih berkesan katanya. Cara nak bagi makan, pegang tengkuk kucing anda, suruh dia nganga luas2. (Jangan harap dia nak buat! Ekeke) Apa lagi gunakan jari jemari anda yang mulus lagi gebu, buka rahang kucing, bagi dia ngap!! eh tak...sumbat la pil tu ke anak tekak, nanti dia telan la. Senang tapi susah. haa...camno tu? Kalau pandai handle sekejap je masuk dalam mulut dia. Saya ambil masa dalam 3-4 minit untuk bagi rinie makan for the first time. Then, less than 1 minute for 2nd time. So easy! Hehe.
Sunday, April 24, 2011
Powwow Cat Show at Mines Shopping Mall
15 & 16 April 2011
On Sunday, I went to Mines Shopping Mall with my lil sis and my lil bro. Macam biasa, kalau bawa diorang ni confirm orang ingat anak. Cets. Ni la gap jauh sangat. Ada seorang chinese promoter approached me to promote Life Insurance for children. Heh, sorry they are my siblings lah not my kids! Not yet okay...hahaha
Masa pergi sana, banyak anjing dari kucing. Anjing yang diorang bawa semua comel2 and well behave. So, saya and my bro and sister memang tak takut la nak lalu sebelah anjing tu, most of them are Shih Tzu. Siap pakai baju lagi. Ni yang nak beli juga untuk furballs ni. Cute sangat tengok baju puppy tu.
Masuk ke khemah yang ada kucing, tengok kucing sikit sangat. Boleh dikira guna calculator. Hihi. Tapi tak kesah la. Janji my lil bro and sis happy tengok kucing tu. Kakak dia lagi la terlebih happy kan. Kucing2 yang masuk comptetion ni macam2 breed ada termasuk domestic short hair atau stray cat atau kalau tak faham2 gak, kucing tepi jalan. Hahahahha
![]() |
| Persian. Pemalas ni, orang cuit2 dia syok je tidur. Krohh2. Tipu je. Mana de kucing snoring! |
![]() |
| Tengok muka macam scottish fold, tapi telinga tak fold pula! Ni sombong sikit, payah nak ambil gambar muka dia, artis la konon. Hihi |
![]() |
| Haa...kucing biasa pun ada tau! Nice colour. |
![]() |
| Persian. Putih macam shiro and yuki. Suka2. |
![]() |
| Persian. Ganas muka dia ni. Haha |
![]() |
| Bengal kot. |
![]() |
| If im not mistaken, this is British short hair, ke russian blue? eh ntah la...=D |
![]() |
| Kucing penyet..haha! |
![]() |
| Just like my previous cat...lewinsky |
![]() |
| sama gemok macam budak tu kan. Hihi |
![]() |
| American curl!!! |
After that we had our lunch at Sushi King. Lapar kot. Tengah2 tengok kucing. Aisyah ajak makan pula. Kebulur dah budak tu.
![]() |
| We love this! Ika geso kara age (google translate: sotong goreng tepung) =p |
![]() |
| Tuna boat inari & Kani mayo |
![]() |
| Budak gemok si kaki bangku. ^.^ |
Tuesday, April 12, 2011
Pet Lover
Sebelum ni, saya fikir saya seorang saja sukakan kucing. Until I met my ex roomate kak Mai. She's a pet lover especially cat. Dia sanggup spend duit untuk beli Frieskies dan bagi kucing-kucing kat kolej makan. Rasanya kalau nampak kucing dan tunang dia, dia berlari kejar kucing tu dulu barulah tunang dia. Itu kak Mai.
Hujung tahun lepas, dalam asyik meng'google' pasal kucing, saya terjumpa website PETFINDER. Dalam forum ini, lagi ramai pet lover saya kenal. Macam-macam pasal kucing saya baca. Dari segi pengalaman jaga kucing, penjagaan kesihatan, grooming, makanan, macam-macam la. Every single thing ada tentang kucing. Macam kat dunia lain. Kat dunia orang yang benar-benar hargai kewujudan kucing, dan juga anjing, tak kesah lah si cantik Maine Coon hatta kucing kurap sekalipun. Di sini tempat orang yang letakkan kucing sebagai keutamaan. Buat lah hal, pukul lah kucing, jagalah kucing sambil lewa, hinalah kucing kurap, anda teramat lah hina di mata pet lover.
Tapi kat luar sana, bukan semuanya pet lover. Masih ramai yang perlekehkan apa yang apa yang kami pet lover buat. Rumah yang bela kucing dianggap kotor. Kalau anda dijijik nak bersihkan poopoo kucing, anda lagi pengotor! Kalau anda tendang kucing kurap yang datang minta makan, anda lagi hina dari kucing kurap tu! Kalau anda rasa membazir belikan makanan untuk kucing, senaraikan balik perbelanjaan anda, ntah-ntah lagi banyak membazir dan tak mendatangkan pahala pun.
Dunia pet lover mungkin kecil di mata seorang yang bukan pencinta haiwan, tetapi cukup besar bagi pandangan kucing yang telah diselamatkan dari pelbagai bahaya dan penyakit. Antara yang pet lover sanggup lakukan:
- kutip kucing tepi jalan even kat rumah dah berpuluh ekor menunggu.
- spend duit beratus atau mungkin beribu semata-mata nak vaksinkan kucing atau nak bayar kos kucing yang sakit kronik, FIV, batu karang, lumpuh, etc.
- kurung kucing dalam rumah, bukan sebab nak halang kebebasan kucing, tapi fikirkan keselamatan kucing dan risiko sekiranya dibiarkan bebas (kena langgar, jatuh dari bangunan, kena makan ular, 'CATnap')
- sediakan tempat tinggal yang selesa, beli makanan yang mahal2 ikut citarasa si comel, supplement, mandikan kucing, hantar pergi grooming.
- menghargai dan menyayangi kucing seadanya.
Kalau diikutkan apa yang kawan-kawan pet lover buat, apa yang saya lakukan hanyalah sebahagian kecil dari mereka. Ada banyak lagi yang saya tak mampu lakukan dibandingkan mereka yang berhati mulia ni. Bila tanya apa yang pernah saya lakukan tak banyak mana pun. Tapi teringat saya 'bela' kucing masa di kolej dulu.
********************************************************************
Dekat kolej ada kucing yang tengah sarat mengandung tercari-cari tempat nak beranak. Orang kata kucing boleh tau orang suka dia ke tak. And kucing ni macam tau-tau je saya suka kucing. So masa nak terberanak, dia datang mengiau kuat depan bilik saya. Dalam hati terdetik mesti dah sampai due ni...hihihi. Nasib baik saya memang duduk seorang dalam bilik tu. So saya cari kotak then letakkan kucing dalam tu and sambung tidur. Hahaha bagus tak? Tau-tau je terjaga dengar bunyi anak kucing.
Sebabkan duduk seorang, jadi boleh lah simpan kucing tu dalam bilik, dan terpaksa keluarkan mommy kucing tu setiap kali pergi kelas, dan panggil dia balik lepas habis kelas. Haa...gila nak kurung masa saya takda, kang die ssshiishiiii dalam tu kang naya je.
During weekend or bila-bila nak keluar dari kolej untuk tempoh yang lama, saya pas kucing tu kat kak Mai atau another pet lover, Zuzu. Ramai tau baby sitter...haha. Kitties tu nak taknak memang kena simpan dalam bilik kitaorang. Sebab saya risau beruk2 yang notty kat situ makan dia.
Dari celik mata sampai lah pandai berlari saya 'simpan' dia dalam bilik. Sampai la budak-budak tu pandai kencing and poopoo merata-rata. Masa tu dah dekat study week, hari-hari study sambil main kucing. Lepas tu satu hal nak mop lantai 2-3 kali sehari sebabkan diorang poopoo or pee. Penat memang penat. Tapi tak apalah. Janji diorang selamat dari letak kat luar bilik. Bayangkan, saya kena mop lantai sebelum keluar pergi exam, dettol takda, saya pakai sanitizer dettol untuk make sure lagi bersih. Ambik ko! Hahaha..bila habis exam saya tinggalkan kucing tu kat Zuzu. Taktau la apa cerita kucing tu sekarang. Huhuhu
Thursday, March 24, 2011
Shashin~!!!
Latest pics from adorable furballs~!!!
*chii-zu!*
Benefit of adopting cats, you don't have to buy accessories to decorate your home...they can be your decor item...hehehehe

But becareful of this behaviour!! *Hey stop it Yuki!!*
Feather duster laying on the floor
*Shiro..nani o shimasu ka?*
Mommy Rinie!!!
SMILE..hmmm..eeeyy smile lah Rinie! Haha

Finally Rinie's health record reach home - from kak Sue
Somebody who called 'gemok' gave it to me when i'm not in good mood...hahaha
YEAYY!! thanks gemok!!
Friday, March 18, 2011
I want to adopt lions and tigers!
Sweetkan video ni? Saya suka sangat-sangat tengok. Ntah berapa kali ulang. Dari dulu lagi berangan nak bela lion and tiger. Serious ni bukan main-main ok. They are so cute!!! Tak kesah la diorang nak baham ke apa ke, janji dapat sentuh diorang. Baik kena baham dengan harimau atau singa dari kena baham dengan orang, ye tak? Hahaha...bila la dapat pegang macam that guy pegang all the fur things...lagi-lagi la dapat cuddle, hugs and kisses macam tu. So adorable! Tapi kat Malaysia mana boleh bela diorang. Hmm...*sedih*
Pernah saya terjumpa satu iklan kat Mudah.com. TIGER FOR SALE! tapi the next day tengok dah tak ada ads tu, kalau la boleh buy and adopt them * want more than one...okay. tamak*. Bayangkan kalau kita bela harimau atau singa kat rumah. Haaa...sure tak payah risau pencuri nak masuk ke apa. Buka je pintu luas-luas. Biarkan segala home theater, laptop APPLE, iPhone, duit dan lain-lain bersepah. Tak payah risau lah! Hahah...pencuri kalau dengar dia mengaum dah mengucap awal-awal kot. Hihi tau takut! Tapi kan tak larat la kot nak dukung diorang. Dapat naik atas diorang and jalan-jalan kat taman mesti cool giler...kan kan kan?? Hahahahaha....
Tapi tu semua angan-angan yang tak mungkin jadi kenyataan. Miracle miracle...poooffttt!!! Jadi la kenyataan...hehehhe ingat cerita Aladdin?? Jangan harap! Takpa lah. Since warna fur Rinie macam lion, anggap je la Rinie tu lion cub. Hehehehehe
Wednesday, March 16, 2011
Latest news!
Lama rasanya tak update blog ni..busy betul..furballs pun dah macam2 dah perangai dia...
Rinie: dia dah dapat adapt dengan environment kat rumah ni. Alhamdulillah...takda lah asyik menyuruk bawah katil je. Manja betul sekarang. And also dah makan banyak sikit. Tapi still sikit kalau nak compare dengan kucing dewasa yang lain. Dia pun dah boleh main-main dengan anak dia, Yuki dan Shiro. Dah ingat balik kot tu anak dia. Haha...kalau Yuki dan Shiro menjerit laju je datang. Takut sangat orang cekik anak dia. Padahal peluk geram je...hihihi
Yuki: budak ni macam biasa, tahu pee kat lubang dalam toilet. Dah tak manja, tau nak melompat, terbang gaya bebas, lari pecut seratus meter and bla bla...dia dah makin gemok. Nak sama dengan Shiro dah.
Shiro: Lebih kurang macam Yuki. Hyperactive!!! Rajin 'mengemas'...nozzle hair dryer di angkut ke mana saja dia suka.
Shiro & Yuki: suka main kejar sama2 (include Rinie), protes bila tak dapat kuar dari cage lebih dari timing dia, tunggang terbalik bekas makanan, suka sepahkan pasir dia, tolong 'clear'kan barang atas meja and minum air dari bekas pokok my mum atas meja sambil 'cantikkan' daun pokok hiasan tu...notty kan?!! Bulu kat kaki and chest diorang makin kuning...huwaaa!! Kena cari bleach kat petshop dengan kadar segera!! haha
Subscribe to:
Comments (Atom)



































