Showing posts with label Furballs' Health. Show all posts
Showing posts with label Furballs' Health. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Hasil sumbang mahram.

Pernah dengar orang cakap tak elok kahwinkan kucing adik beradik atau mak dengan anak atau anak dengan bapak atau apa saja yang dipanggil sumbang mahram? Pernah? Nak tahu kenapa tak elok dan tak boleh? Situasinya sama macam manusia. Anak kucing hasil dari sumbang mahram mudah terkena serangan penyakit dan mempunyai daya ketahanan yang lemah. Salah satunya kesannya adalah seperti di bawah.

Kucing comel ini sebenarnya berusia 6 bulan. Tapi hampir sama saiz dengan furballs saya yang berusia 2 bulan. Tumbesarannya terbantut! Haa...jadi kucing renek kau! Salahkan mak bapak dia. Hahaha...

Yang ni pun sumbang mahram juga. Kucing2 zaman sekarang. Kecik2 lagi dah pandai buat hal. Tengok tu...si hitam tu hisap susu si putih. Yang putih tu pulak hisap susu sendiri. Apa kejadahnya...*kata Wan Kamarulzaman* Haha...lucah betul kucing2 zaman sekarang. Oit! cover sikit...!!! 

 
Perhatian: Ini bukan hasil sumbang mahram ye! Sekadar selingan. Hehe. Nampak stray cat ni sihat je kan. Badan gebu. Macho lagi tough tu. Geram tengok!

Tapi bila dia bangun, baru saya nampak kekurangannya. Kalau anda perasan, tangan sebelah kanan kucing ni tak ada. Menurut salah seorang customer Honey Pet Shoppe ni, kucing ni excident, tangan dia patah, lepas tu tak boleh diselamatkan, jadi Dr kat clinic ni terpaksa potong tangan dia. Kesian dia, tapi dia bernasib baik jumpa Dr yang baik hati jaga dia sampai sihat macam ni. Comel betul walaupun KKU (kucing kurang upaya). Harap kita semua dapat tolong kucing2 macam ni. Kan?

Semua gambar di atas diambil di Honey Pet Shoppe, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Veterinar atau pet shop macam ni la yang kita patut cari. Bukan setakat service bagus, friendly, pet lover dan yang paling penting dia tolong kucing2 dalam kesusahan. Saya suka! Sebab saya pernah dapat layanan sebaliknya di sebuah petshop yang lain. Hmm.

How to apply Frontline Spot On

Fleas   Ticks   Lice   Mites

Frontline Spot On
Frontline membunuh semua peringkat kitaran hidup kutu dan hama (telur, larva dan dewasa). Ianya menyerap ke seluruh permukaan badan kucing dalam jangka masa 24 jam melalui minyak yang terhasil dari peluh kucing. Mandi atau pendedahan kepada air tidak mengurangkan keberkesanan Frontline. Boleh digunakan pada kucing yang berumur 8 minggu ke atas, kucing bunting atau yang masih menyusukan anak. Berkesan sehingga 4-6 minggu.

Spot On Frontline biasanya dijual dalam tiub berbentuk segi tiga dan bermuncung panjang. Tapi vet saya suggest beli yang dia sudah masukkan dalam syringe. So saya hanya gunakan 0.50ml for each furball. Biasanya, ada sesetengah orang yang suka serahkan segala2nya kepada vet or petshop untuk uruskan furball mereka. Apa kata kita beli sendiri banyak2 dan cari yang murah dan buat sendiri. =)

 
1. Selakkan bulu furballs anda di bahagian belakang tengkuk.
 
2. Picitkan Frontline sepanjang belahan tersebut.

 
3. Rapatkan kembali bulu furball, boleh buat style ala2 spiky hair. Haha. 

4. Titiskan juga sedikit di bahagian cuping telinga furball anda.


 
5. Ulangi langkah 1-4 pada furball yang lain. Hehe.

Tips: untuk memastikan keberkesanan Frontline, jangan mandikan furball anda 2 hari sebelum dan selepas penggunaan Frontline.

Saturday, February 26, 2011

2nd visit to Honey Veterinary Clinic @ Honey Pet Shoppe

Now you see..
Saya singgah ke Simm pet shop dulu untuk beli carrier furballs ni, kira besar juga la, boleh sumbat 3-3 ekor sekali. Haha. Hijau lagi tu. Harga dia RM60. Ok la affordable and looks nice.
Now you don't!










                       After that we went to Honey Veterinary Clinic. Macam biasa, semua furballs and mummy Rini akan disontot menggunakan thermometer. Haha. Kesian, meraung2 diorang ni. Alhamdulillah semua ok. Suhu semuanya lebih kurang 38°c. Furballs kena cucuk dengan vaccine and deworm sekali. Mummy Rini cuma dewormed kan saja, sebab tunggu medical report dari kak sue dulu. Then, doctor bagi Frontline untuk anjing. Dia kata boleh guna kan untuk 3 cats for 2 months. RM40. More cheaper dari Frontline spot on biasa which is cost RM20 for each cat/month.  

Furball
Weight
Treament
Cost (RM)
Shiro
1.10 kg
Vaccined and dewormed
35.00
Yuki
0.80 kg
Vaccined and dewormed
35.00
Rini
2.10 kg
Dewormed
5.00


Frontline (3 cats x 2 mths)
40.00

115.00

Kurus la Rini~ macam papan..haha
Sebelum ke pet shop saya mandikan furballs dan mummy Rini guna shampoo baru, Avodem. Nasib Rini okay je. Hari ni first time, saya mandikan Rini since saya ambil Rini dari kak Sue. Takde la susah sangat nak handle Rini masa mandikan dia, risau juga kena cakar. Tapi Rini baik je, biasa la kalau dia nak cuba lari tu. Hihi. Cuma dia takut sikit bila keringkan guna hair dryer. Jakun la kau Rini!
Haa..jangan lari Rini
Furballs ni kalau makan memang tak hingat
Tengok tu..Dia punya dah habis, sebuk nak bantai Mummy Rini punya food.
Lepas balik dari jumpa vet, kena la bagi furballs upah makan. Royal Canin Kitten 36 mixed with wet food, Whiskas Mackerel. Boleh cuba recipe ni di rumah ye puan2..hehehe. Ingat ye! Jangan bagi kucing anda makan dry food Whiskas atau Friskies, ia boleh menyebabkan batu karang dalam jangka masa yang panjang. And medical cost for kidney disease is not less than RM500. Prevention is better than cure. So cari la alternative lain dari sekarang! Anda juga digalakkan untuk memberi dada ayam rebus yang dicarik-carikkan kepada si comel anda. Lagi berkhasiat tau! Tak perlu perasa tambahan. Jangan la korang pandai2 tumis bawang halia garam bagai. Kucing je pun yang nak makan. Bukan orang! Hehe.
                                            




Saturday, January 29, 2011

Vaccined and dewormed

Hee...busy busy!!! Tak sempat nak update psal furballs..hehehe

25 Januari 2011

After ask doctor, saya decide nak bawa furballs pergi vaksin and deworm walaupun belum cukup 2 bulan. Ni first time pergi vet sendiri. Kucing2 sebelum ni semua ayah yang settle kan. Ingat dulu dia bawa my cat, Comel, naik motor pergi vaksin. Haa...naik motor tau! Dia pegang macam tu je, takda cage sambil bawa motor, vroomm..vromm..rempit kau Comel dengan ayah! Hahaha..Oopse! Back to the topic.

Furballs ni poopoo dia soft and berdarah, risau juga, bloody diarrhea tu. So,
1. First, doctor check suhu dia, takut demam ke apa. Kesian kau, dua-dua kena sontot. Hahahaha tak tau pula sebelum ni yang kalau nak check suhu, doctor sumbat thermometer kat situ. Menjerit-jerit furballs ni. Saya pula seksa tengok.

2. Then, doctor cakap tak demam pun. Alhamdulillah. So dia cakap maybe sebab kecacingan atau suddenly change their diet, from whiskas to iams, so ada radang dalam perut yang buat dia berdarah. Eh macam ni ke doctor explain? Hentam je la kan. Hihi. Doctor suapkan furballs dengan ubat cacing. Rasa apa tu? Yuki sedap je telan, cuma Shiro je yang meronta tak suka. Doctor cakap ubat tu rasa daging *mesti dia pernah rasa..haha* mula-mula memang akan rasa sedap, but then akan rasa pahit. Sebab tu Shiro tak suka.

3. Kat bulu furballs juga doctor cakap ada hama, ohh saya ingat tu telur kutu. Tak sama rupanya. Hihi. Hama ni melekat kat bulu dia, and akan hisap protein yang ada dalam bulu kucing. Ni boleh sebabkan bulu dia patah dan gugur. As a solution, doctor letak Frontline (ubat kutu) kat tengkuk dia. Tapi kalau ikut apa yang saya baca kat Petfinder, kitten below than 2 months tak boleh letak Spot-on Frontline, kena letak yang spray je, sebab boleh jadi keracunan. Then, apa yang doctor cakap, sebenarnya Frontline ni cuma berkesan pada binatang tak bertulang belakang, takda effect kat binatang yang bertulang belakang. Ohooo...haa korang ada kutu tak? Boleh la try...hahaha Now, dah nampak kurang dah hama tu, Yeayyy!!












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...