Showing posts with label Furballs' Behaviors. Show all posts
Showing posts with label Furballs' Behaviors. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

Flashback

29 January 2011

Dulu masa diorang kenit2 excited nak diorang cepat besar. Haa...sekarang dah besar gedabak rasa nak furballs jadi kecil balik. *Doraemon...pinjam pintu suka hati boleh? Aku nak balik ke bulan January..hehe* 

Video ni dah simpan lama, tapi tak de masa nak haplod...kononnya nak edit dulu. Dah kata pemalas kan. Peram je la dalam folder. Hihihi

Thursday, June 16, 2011

WT.....Fish!!!




I try to record video shiro main air, fill up the pink basin with water and put shiro aside. Then going back to my room to take handphone and take this video...but...it's end up like........$#%^$ shiro pee dalam tu!!! shiro!! memang la your fur become yellowish je, buruk betul perangai...heeee...

shiro: hehehehe...*muka tak bersalah*

me: suka buat hal kan!??

shiro: ala tak tahan...gomenne~!!! hehehehe

Wednesday, June 15, 2011

Male cat for mating

Rinie still on heat...adehhh! Mana nak cari male kat ni? kat petshop semua mahal2, ada petshop tu pula kucing-kucing dia banyak yang sakit mata and bulu tak semenggah. Cari kat mudah.com yang free2 semuanya duduk jauh2 adoyaii...hari tu nampak kucing my neighbour, long hair cat, macam siamese, tapi tak tahu kucing siapa. Kucing tu main lalu lalang je depan rumah. Nak je catnap kejap bagi mating dengan Rinie, kira catch and release gitu...hikhikhik tapi kucing tu asal datang dekat je mesti lari. Lagipun dia outdoor cat, mesti banyak kutu. Hehehe

Saturday, June 11, 2011

Baik beli Royal Canin!

Yesterday I went to Pet Lovers Centre, Mines. Looking for cat shaver! Nak tahu kenapa? Shiro dan Yuki dah besar. (Hehe tengok gambar pun tahu lah!) Sebabkan dah besar, both of them jadi nakal gila. Lari sana sini, buat sepah etc. But Shiro ni memang la kan, suka buat kotor, compare to Yuki yang lagi baik. Shiro suka celup tangan dalam mana-mana bekas yang berisi air (baldi, bekas air diorang, bekas pokok ibu) then dia kacau-kacau. Mula-mula tak percaya ibu cakap, sekali tu ternampak dia duk kacau2 air dalam baldi. Lepas tu bulu yang putih senanglah bertukar kuning. And dia suka duduk atas lantai yang basah. Hish! Nak sental guna shampoo kucing pun dah tak guna dah. Kuning juga. So, cara terbaik untuk masa sekarang adalah shave bulu dia. Tapi harga cat shaver tu RM60++! Adoyaiii...baik la beli royal canin dan tentu kenyang furballs tu.

Setakat ni belum ada bukti shiro buat macam tu, sebab baru berkejar nak ambil hp nak record, shiro tak main air dah. EEeeeee....

Monday, May 2, 2011

Rinie on heat!


Finally! Dapat juga haplod (upload) video ni, internet macam *tut* je lately ni. Huhu

Thursday, March 24, 2011

Shashin~!!!

Latest pics from adorable furballs~!!!
*chii-zu!*

Benefit of adopting cats, you don't have to buy accessories to decorate your home...they can be your decor item...hehehehe




But becareful of this behaviour!! *Hey stop it Yuki!!*
Feather duster laying on the floor


 *Shiro..nani o shimasu ka?*

Mommy Rinie!!!

 SMILE..hmmm..eeeyy smile lah Rinie! Haha

Finally Rinie's health record reach home - from kak Sue

Somebody who called 'gemok' gave it to me when i'm not in good mood...hahaha 
YEAYY!! thanks gemok!!

Wednesday, March 16, 2011

Latest news!

Lama rasanya tak update blog ni..busy betul..furballs pun dah macam2 dah perangai dia...

Rinie: dia dah dapat adapt dengan environment kat rumah ni. Alhamdulillah...takda lah asyik   menyuruk bawah katil je. Manja betul sekarang. And also dah makan banyak sikit. Tapi still sikit kalau nak compare dengan kucing dewasa yang lain. Dia pun dah boleh main-main dengan anak dia, Yuki dan Shiro. Dah ingat balik kot tu anak dia. Haha...kalau Yuki dan Shiro menjerit laju je datang. Takut sangat orang cekik anak dia. Padahal peluk geram je...hihihi


Yuki: budak ni macam biasa, tahu pee kat lubang dalam toilet. Dah tak manja, tau nak melompat, terbang gaya bebas, lari pecut seratus meter and bla bla...dia dah makin gemok. Nak sama dengan Shiro dah. 

Shiro: Lebih kurang macam Yuki. Hyperactive!!! Rajin 'mengemas'...nozzle hair dryer di angkut ke mana saja dia suka. 

Shiro & Yuki: suka main kejar sama2 (include Rinie), protes bila tak dapat kuar dari cage lebih dari timing dia, tunggang terbalik bekas makanan, suka sepahkan pasir dia, tolong 'clear'kan barang atas meja and minum air dari bekas pokok my mum atas meja sambil 'cantikkan' daun pokok hiasan tu...notty kan?!! Bulu kat kaki and chest diorang makin kuning...huwaaa!! Kena cari bleach kat petshop dengan kadar segera!! haha



Thursday, February 17, 2011

Mommy furballs safely arrived home!

I took mommy furballs at 10pm with my sister and brother at Aunty E's home. Try pujuk dia lagi kot2 boleh dapat another cat. Unfortunately, jawapan dia sangat lah mengecewakan dan menyakitkan hati. Ok stop! Malas nak cerita pasal aunty yang *tuuuttt*

Masa pegang mummy furballs, alhamdulillah dia ok je, takde la respond macam nak gaduh je kan. Dalam kereta pun dia duduk diam je kat sit belakang, amboih dah macam big boss pula! haha. Bila sampai rumah diam-diam masukkan kat cage tanpa pengetahuan ibu yang kat dalam bilik dia. *syyyhhh! dun tell her okay!* Habis doa dah ni. Bila masuk cage, mummy furballs buat2 tak kenal la pula dengan furballs. Hey tu anak kau lah! Yang furballs pula tercium-cium mummy dia. Dia 'scan' dulu beb! Mummy suka mendengus garang.


Hins...hinss...shampoo apa ni mummy?

Mummy furballs berdiri angkuh..queen lah tu!

After line clear, *my mum dah tidur* terus bawa semua masuk dalam bilik. Selalu furballs akan melenting berkejar sana sini, tapi bila ada mummy dia, semua keras je, masing-masing mendengus, nasib bila belai2 mummy furballs dia okay je. 


Petang tadi, i went to Mesra petshop. Macam biasa masuk sana mesti 'self service'. Lagi-lagi akak kat kaunter yang muka toya tu. Lempang baru tau! The petshop should be named as 'SOMBONG PETSHOP' instead of 'Mesra petshop'. Hee...staf2 dia yang lain pun lebih kurang. Tak tahu nak recommend product apa yang bagus. Apa yang kita pegang tu je la dia cakap bagus. Kalau tak kerana terdesak tak hingin saya pergi situ tau! 

Keadaan belakang Mesra petshop, hotel diorang kot!

Saturday, February 12, 2011

Sleeping furballs!


Haa..nak tengok yuki tidur? Watch the video. Taktau kenapa pilih lagu tu. Haha.

Sunday, January 23, 2011

Drama rama

BIasanya kalau cari saya tak jumpa, furball sorang2 dia akan menjerit, cari kawan. So bila dengar one of them mengiau kuat, saya jerit la suruh dia datang sini, and biasanya laju je dia lari datang sini. Tapi panggil2 tak datang2 juga! Tapi still menjerit. So saya cari la, ternampak bayang Yuki dekat langsir, rupanya dia kat luar!! Sliding door tertutup and dia tak boleh masuk. OMG! camne dia boleh keluar dari rumah ni? Mesti panjat ikut tingkap bilik. NASIB BAIK dia tahu jerit nak masuk rumah...kalau tak...nangis...nak gugur dah jantung ni ha..dia tiba-tiba boleh ada kat luar. Yuki...Yuki...haishhh...

Muka-muka comel furballs masa tidur.

are you sleeping...are you sleeping...Zzzz

port favorite Yuki

pose macam ni pun okay..hihi

kalau dah ngantuk tu, tengah pegang pun lentok!!

After shower

Wednesday, January 12, 2011

Furballs' story

12 Januari 2011

First time saya tunjuk kat ayah one of my furballs, Shiro, ayah pun geram je tengok comel sangat! And ayah siap cakap jangan bawa kitty ni tunjuk kat my lil sister and bro, (Aishah and Ammar) takut kena picit2 karang. Hhahaha...of course i wont let them doing that! *tercekik kucing aku kang* Hee...After that ayah ajak temankan dia jumpa customer, so terpaksa la bawa Shiro sekali. Dia okay je. But masa nak balik ke my car, kereta dah panas kena matahari, masuk2 je Shiro terus menjerit sekuat hati. Sampai ayah yang berdiri jauh dari kereta pun boleh dengar. Huhu, then, we went to petshop to buy shampoo for my furballs, dari 1st day adopt tak mandi, busuk kot! Haha...shampoo kitty ni pula RM14, lagi mahal dari shampoo Pantene saya. Aiyakkk!! Ni baru shampoo..belum kira yang lain2. Hadoiii!!

Sampai rumah, Shiro baru diam. After that dia tidur, angkat letak balik pun dia buat lembek je sambil terus tidur. Cuak kot..sakit ke? tolak2 pun slamber je dia tidur.

13 Januari 2011
2.00am

Balik je dari office tengok Shiro okay, Yuki entah mana hilang. My mum lepaskan furballs dari cage dia masa saya pergi kerja. Hasilnya, ada poopoo on my bed after that bau pula kat bilik my mum. Yuki poopoo bawa katil ibu! Habis la! Nanti ibu marah, tapi siapa suruh lepaskan. Hehehe...dah tengah2 malam kena tukar cadar plak! Ada orang buat macam tu? AAAAarrghh tension okay!!

9.00am

Bangun2 je bersihkan cage furballs and after that mandikan diorang. Masa mandikan Yuki, Shiro yang bising, masa mandikan Shiro, Yuki pula bising. Terbalik! Dua2 senyap masa dah kena jirus and senang je mandikan furballs ni. Takde kena cakar2. Fuhh nasib baik!!! Now dua2 dah wangi. Yeay!!!



Monday, January 10, 2011

Day 4: Get to know Yuki and Shiro

Dah 4 hari Yuki and Shiro (previously called as Mu'ezza) stay with me. Alhamdulillah both dapat adapt the environment rumah ni dengan cepat. Even dari 1st day lagi diorang nampak enjoy je, main lompat-lompat, explore setiap sudut rumah sampai saya terpaksa lap lantai *especially yang celah2 sempit yang diorang suka menyelit tu* Huhu...tak nak bulu diorang kotor terkena habuk punya pasal. Haish...terpaksa owner dia jadi rajin sikit. Hahaha..So setakat ni ada few things yang saya dah faham tentang my furballs ni.

Yuki vs Shiro
watchaa~!!!
Yuki tertidur sambil duduk. Kawaii ne~!!



sleeping...ZzZZzz

Yuki
+ paling tak suka kena kurung, masuk je dalam cage dah menjerit2 and panjat2 nak keluar
+ makan sikit je, tapi dia lagi suka minum susu walaupun dah bagi wet food.
+ tak boleh dibiar bersendirian, nanti mula la dia 'meow'ing loudly until dia nampak saya baru dia diam.
+ suka ikut saya jalan dalam rumah ni, kalau pergi dapur ke masuk bilik ke, laju je ikut...jalan terkedek-kedek! so comel ok!!! haha

Shiro
+ mula-mula dia ok je kalau kena kurung, but now dah start menjerit2 macam Yuki juga...adoii!
+ makan banyak, bagi dry food aims, wet food, or chicken dia laju je makan. Tapi tak berapa suka sangat susu compare to Yuki
+ macam owner sebelum ni cakap, dia memang aktif, tak reti duduk diam...hihi

And both dah pandai panjat katil saya. Hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...