Thursday, March 24, 2011

Shashin~!!!

Latest pics from adorable furballs~!!!
*chii-zu!*

Benefit of adopting cats, you don't have to buy accessories to decorate your home...they can be your decor item...hehehehe




But becareful of this behaviour!! *Hey stop it Yuki!!*
Feather duster laying on the floor


 *Shiro..nani o shimasu ka?*

Mommy Rinie!!!

 SMILE..hmmm..eeeyy smile lah Rinie! Haha

Finally Rinie's health record reach home - from kak Sue

Somebody who called 'gemok' gave it to me when i'm not in good mood...hahaha 
YEAYY!! thanks gemok!!

Friday, March 18, 2011

I want to adopt lions and tigers!

Sweetkan video ni? Saya suka sangat-sangat tengok. Ntah berapa kali ulang. Dari dulu lagi berangan nak bela lion and tiger. Serious ni bukan main-main ok. They are so cute!!! Tak kesah la diorang nak baham ke apa ke, janji dapat sentuh diorang. Baik kena baham dengan harimau atau singa dari kena baham dengan orang, ye tak? Hahaha...bila la dapat pegang macam that guy pegang all the fur things...lagi-lagi la dapat cuddle, hugs and kisses macam tu. So adorable! Tapi kat Malaysia mana boleh bela diorang. Hmm...*sedih*

Pernah saya terjumpa satu iklan kat Mudah.com. TIGER FOR SALE! tapi the next day tengok dah tak ada ads tu, kalau la boleh buy and adopt them * want more than one...okay. tamak*. Bayangkan kalau kita bela harimau atau singa kat rumah. Haaa...sure tak payah risau pencuri nak masuk ke apa. Buka je pintu luas-luas. Biarkan segala home theater, laptop APPLE, iPhone, duit dan lain-lain bersepah. Tak payah risau lah! Hahah...pencuri kalau dengar dia mengaum dah mengucap awal-awal kot. Hihi tau takut! Tapi kan tak larat la kot nak dukung diorang. Dapat naik atas diorang and jalan-jalan kat taman mesti cool giler...kan kan kan?? Hahahahaha....

Tapi tu semua angan-angan yang tak mungkin jadi kenyataan. Miracle miracle...poooffttt!!! Jadi la kenyataan...hehehhe ingat cerita Aladdin?? Jangan harap! Takpa lah. Since warna fur Rinie macam lion, anggap je la Rinie tu lion cub. Hehehehehe

Wednesday, March 16, 2011

Latest news!

Lama rasanya tak update blog ni..busy betul..furballs pun dah macam2 dah perangai dia...

Rinie: dia dah dapat adapt dengan environment kat rumah ni. Alhamdulillah...takda lah asyik   menyuruk bawah katil je. Manja betul sekarang. And also dah makan banyak sikit. Tapi still sikit kalau nak compare dengan kucing dewasa yang lain. Dia pun dah boleh main-main dengan anak dia, Yuki dan Shiro. Dah ingat balik kot tu anak dia. Haha...kalau Yuki dan Shiro menjerit laju je datang. Takut sangat orang cekik anak dia. Padahal peluk geram je...hihihi


Yuki: budak ni macam biasa, tahu pee kat lubang dalam toilet. Dah tak manja, tau nak melompat, terbang gaya bebas, lari pecut seratus meter and bla bla...dia dah makin gemok. Nak sama dengan Shiro dah. 

Shiro: Lebih kurang macam Yuki. Hyperactive!!! Rajin 'mengemas'...nozzle hair dryer di angkut ke mana saja dia suka. 

Shiro & Yuki: suka main kejar sama2 (include Rinie), protes bila tak dapat kuar dari cage lebih dari timing dia, tunggang terbalik bekas makanan, suka sepahkan pasir dia, tolong 'clear'kan barang atas meja and minum air dari bekas pokok my mum atas meja sambil 'cantikkan' daun pokok hiasan tu...notty kan?!! Bulu kat kaki and chest diorang makin kuning...huwaaa!! Kena cari bleach kat petshop dengan kadar segera!! haha



Sunday, February 27, 2011

Hasil sumbang mahram.

Pernah dengar orang cakap tak elok kahwinkan kucing adik beradik atau mak dengan anak atau anak dengan bapak atau apa saja yang dipanggil sumbang mahram? Pernah? Nak tahu kenapa tak elok dan tak boleh? Situasinya sama macam manusia. Anak kucing hasil dari sumbang mahram mudah terkena serangan penyakit dan mempunyai daya ketahanan yang lemah. Salah satunya kesannya adalah seperti di bawah.

Kucing comel ini sebenarnya berusia 6 bulan. Tapi hampir sama saiz dengan furballs saya yang berusia 2 bulan. Tumbesarannya terbantut! Haa...jadi kucing renek kau! Salahkan mak bapak dia. Hahaha...

Yang ni pun sumbang mahram juga. Kucing2 zaman sekarang. Kecik2 lagi dah pandai buat hal. Tengok tu...si hitam tu hisap susu si putih. Yang putih tu pulak hisap susu sendiri. Apa kejadahnya...*kata Wan Kamarulzaman* Haha...lucah betul kucing2 zaman sekarang. Oit! cover sikit...!!! 

 
Perhatian: Ini bukan hasil sumbang mahram ye! Sekadar selingan. Hehe. Nampak stray cat ni sihat je kan. Badan gebu. Macho lagi tough tu. Geram tengok!

Tapi bila dia bangun, baru saya nampak kekurangannya. Kalau anda perasan, tangan sebelah kanan kucing ni tak ada. Menurut salah seorang customer Honey Pet Shoppe ni, kucing ni excident, tangan dia patah, lepas tu tak boleh diselamatkan, jadi Dr kat clinic ni terpaksa potong tangan dia. Kesian dia, tapi dia bernasib baik jumpa Dr yang baik hati jaga dia sampai sihat macam ni. Comel betul walaupun KKU (kucing kurang upaya). Harap kita semua dapat tolong kucing2 macam ni. Kan?

Semua gambar di atas diambil di Honey Pet Shoppe, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Veterinar atau pet shop macam ni la yang kita patut cari. Bukan setakat service bagus, friendly, pet lover dan yang paling penting dia tolong kucing2 dalam kesusahan. Saya suka! Sebab saya pernah dapat layanan sebaliknya di sebuah petshop yang lain. Hmm.

How to apply Frontline Spot On

Fleas   Ticks   Lice   Mites

Frontline Spot On
Frontline membunuh semua peringkat kitaran hidup kutu dan hama (telur, larva dan dewasa). Ianya menyerap ke seluruh permukaan badan kucing dalam jangka masa 24 jam melalui minyak yang terhasil dari peluh kucing. Mandi atau pendedahan kepada air tidak mengurangkan keberkesanan Frontline. Boleh digunakan pada kucing yang berumur 8 minggu ke atas, kucing bunting atau yang masih menyusukan anak. Berkesan sehingga 4-6 minggu.

Spot On Frontline biasanya dijual dalam tiub berbentuk segi tiga dan bermuncung panjang. Tapi vet saya suggest beli yang dia sudah masukkan dalam syringe. So saya hanya gunakan 0.50ml for each furball. Biasanya, ada sesetengah orang yang suka serahkan segala2nya kepada vet or petshop untuk uruskan furball mereka. Apa kata kita beli sendiri banyak2 dan cari yang murah dan buat sendiri. =)

 
1. Selakkan bulu furballs anda di bahagian belakang tengkuk.
 
2. Picitkan Frontline sepanjang belahan tersebut.

 
3. Rapatkan kembali bulu furball, boleh buat style ala2 spiky hair. Haha. 

4. Titiskan juga sedikit di bahagian cuping telinga furball anda.


 
5. Ulangi langkah 1-4 pada furball yang lain. Hehe.

Tips: untuk memastikan keberkesanan Frontline, jangan mandikan furball anda 2 hari sebelum dan selepas penggunaan Frontline.

Saturday, February 26, 2011

2nd visit to Honey Veterinary Clinic @ Honey Pet Shoppe

Now you see..
Saya singgah ke Simm pet shop dulu untuk beli carrier furballs ni, kira besar juga la, boleh sumbat 3-3 ekor sekali. Haha. Hijau lagi tu. Harga dia RM60. Ok la affordable and looks nice.
Now you don't!










                       After that we went to Honey Veterinary Clinic. Macam biasa, semua furballs and mummy Rini akan disontot menggunakan thermometer. Haha. Kesian, meraung2 diorang ni. Alhamdulillah semua ok. Suhu semuanya lebih kurang 38°c. Furballs kena cucuk dengan vaccine and deworm sekali. Mummy Rini cuma dewormed kan saja, sebab tunggu medical report dari kak sue dulu. Then, doctor bagi Frontline untuk anjing. Dia kata boleh guna kan untuk 3 cats for 2 months. RM40. More cheaper dari Frontline spot on biasa which is cost RM20 for each cat/month.  

Furball
Weight
Treament
Cost (RM)
Shiro
1.10 kg
Vaccined and dewormed
35.00
Yuki
0.80 kg
Vaccined and dewormed
35.00
Rini
2.10 kg
Dewormed
5.00


Frontline (3 cats x 2 mths)
40.00

115.00

Kurus la Rini~ macam papan..haha
Sebelum ke pet shop saya mandikan furballs dan mummy Rini guna shampoo baru, Avodem. Nasib Rini okay je. Hari ni first time, saya mandikan Rini since saya ambil Rini dari kak Sue. Takde la susah sangat nak handle Rini masa mandikan dia, risau juga kena cakar. Tapi Rini baik je, biasa la kalau dia nak cuba lari tu. Hihi. Cuma dia takut sikit bila keringkan guna hair dryer. Jakun la kau Rini!
Haa..jangan lari Rini
Furballs ni kalau makan memang tak hingat
Tengok tu..Dia punya dah habis, sebuk nak bantai Mummy Rini punya food.
Lepas balik dari jumpa vet, kena la bagi furballs upah makan. Royal Canin Kitten 36 mixed with wet food, Whiskas Mackerel. Boleh cuba recipe ni di rumah ye puan2..hehehe. Ingat ye! Jangan bagi kucing anda makan dry food Whiskas atau Friskies, ia boleh menyebabkan batu karang dalam jangka masa yang panjang. And medical cost for kidney disease is not less than RM500. Prevention is better than cure. So cari la alternative lain dari sekarang! Anda juga digalakkan untuk memberi dada ayam rebus yang dicarik-carikkan kepada si comel anda. Lagi berkhasiat tau! Tak perlu perasa tambahan. Jangan la korang pandai2 tumis bawang halia garam bagai. Kucing je pun yang nak makan. Bukan orang! Hehe.
                                            




Thursday, February 17, 2011

Free food supply

Kak sue ada bagi banyakkkkkkk sangat wet food whiskies untuk saya. Thanks again kak sue!

Mari beli! Mari beli!!! Furballs tengah pilih mana satu nak beli, macam2 flavor ada.

Barang2 untuk furballs and mummy, harap2 tak hilang la sikat tu, sebab saya selalu lupa letak mana. Oh my bad!

Shampoo ni diorang cakap sesuai untuk white hair. Kita try first okay?!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...