Saturday, February 26, 2011

2nd visit to Honey Veterinary Clinic @ Honey Pet Shoppe

Now you see..
Saya singgah ke Simm pet shop dulu untuk beli carrier furballs ni, kira besar juga la, boleh sumbat 3-3 ekor sekali. Haha. Hijau lagi tu. Harga dia RM60. Ok la affordable and looks nice.
Now you don't!










                       After that we went to Honey Veterinary Clinic. Macam biasa, semua furballs and mummy Rini akan disontot menggunakan thermometer. Haha. Kesian, meraung2 diorang ni. Alhamdulillah semua ok. Suhu semuanya lebih kurang 38°c. Furballs kena cucuk dengan vaccine and deworm sekali. Mummy Rini cuma dewormed kan saja, sebab tunggu medical report dari kak sue dulu. Then, doctor bagi Frontline untuk anjing. Dia kata boleh guna kan untuk 3 cats for 2 months. RM40. More cheaper dari Frontline spot on biasa which is cost RM20 for each cat/month.  

Furball
Weight
Treament
Cost (RM)
Shiro
1.10 kg
Vaccined and dewormed
35.00
Yuki
0.80 kg
Vaccined and dewormed
35.00
Rini
2.10 kg
Dewormed
5.00


Frontline (3 cats x 2 mths)
40.00

115.00

Kurus la Rini~ macam papan..haha
Sebelum ke pet shop saya mandikan furballs dan mummy Rini guna shampoo baru, Avodem. Nasib Rini okay je. Hari ni first time, saya mandikan Rini since saya ambil Rini dari kak Sue. Takde la susah sangat nak handle Rini masa mandikan dia, risau juga kena cakar. Tapi Rini baik je, biasa la kalau dia nak cuba lari tu. Hihi. Cuma dia takut sikit bila keringkan guna hair dryer. Jakun la kau Rini!
Haa..jangan lari Rini
Furballs ni kalau makan memang tak hingat
Tengok tu..Dia punya dah habis, sebuk nak bantai Mummy Rini punya food.
Lepas balik dari jumpa vet, kena la bagi furballs upah makan. Royal Canin Kitten 36 mixed with wet food, Whiskas Mackerel. Boleh cuba recipe ni di rumah ye puan2..hehehe. Ingat ye! Jangan bagi kucing anda makan dry food Whiskas atau Friskies, ia boleh menyebabkan batu karang dalam jangka masa yang panjang. And medical cost for kidney disease is not less than RM500. Prevention is better than cure. So cari la alternative lain dari sekarang! Anda juga digalakkan untuk memberi dada ayam rebus yang dicarik-carikkan kepada si comel anda. Lagi berkhasiat tau! Tak perlu perasa tambahan. Jangan la korang pandai2 tumis bawang halia garam bagai. Kucing je pun yang nak makan. Bukan orang! Hehe.
                                            




Thursday, February 17, 2011

Free food supply

Kak sue ada bagi banyakkkkkkk sangat wet food whiskies untuk saya. Thanks again kak sue!

Mari beli! Mari beli!!! Furballs tengah pilih mana satu nak beli, macam2 flavor ada.

Barang2 untuk furballs and mummy, harap2 tak hilang la sikat tu, sebab saya selalu lupa letak mana. Oh my bad!

Shampoo ni diorang cakap sesuai untuk white hair. Kita try first okay?!




Marah . Sakit Hati . Kecewa

Terbayang-bayang lagi muka Aunty E masa ambil mummy furballs malam tadi, tak habis-habis cakap anak dia ada 3, so sorang nak seekor satu. Habis kalau ada anak sepuluh mana lagi nak cari lagi 7 ekor kucing Persian 'FREE FOR ADOPTION'? *heee...ada aku kisah?* Nak type entry ni pun tangan menggigil tahan marah. Sakitnya hati....!!!!!! Saya nak kucing pun saya sanggup keluarkan duit gaji BULAN KEDUA SAYA BEKERJA yang tak seberapa. Beli kat kak Sue beratus. Bila dah kak sue offer semua kucing dewasa dia kat saya for FREE, saya offer kat Aunty pula sebab tau Aunty memang cat lover. Saya tak offer pun kat kawan2 saya. Saya offer kat Aunty yang satu office dengan ibu. Aunty yang saya kenal melalui cerita-cerita ibu tentang dia yang sukakan kucing.

Tapi bila semua kucing tu kak sue hantar kat Aunty, aunty terus berkeras bila saya cakap nak lagi seekor. Aunty dapat kucing tu for free pun nak tamak lagi. Bukan seekor, 3 tau aunty dapat. Agaknya kalau lagi seekor tu saya tak cakap nak awal2, mesti 4-4 ekor aunty nak bolot semua. Menyesal recommend aunty kat kak sue. Baik lagi saya offer kat kawan2 saya yang lain, kak Maisarah, Hidayah ke, kak Suhana ke...siapa-siapalah! Asal kan bukan cat lover yang tamak dan tak mengenang budi macam aunty. Langsung tak boleh tolerate dengan orang yang tolong dapatkan kucing Persian FREE untuk dia. Saya nak pun saya beli tau!!! Hee..berbulu rasa. Kalau letak kertas PH kat muka ni masa baca sms aunty, boleh tau betapa tingginya tahap asid kat muka saya tau!! Dah masam mencuka jadinya.

Saje je cakap kat aunty "nanti kalau free boleh la datang umah aunty tengok2 kucing tu kan" tapi ur body language sangat mengecewakan. Mulut cakap ok tapi gaya tu macam tak bagi je, bukan nak sangat pun jejak rumah orang tak mengenang budi ni.  Saja nak tengok respond aunty. MEMANG TERUK!

MEMANG MENYESAL SANGAT OFFER KUCING KAK SUE KAT ORANG YANG TAMAK DAN KERAS HATI MACAM AUNTY E!!!!

Mommy furballs safely arrived home!

I took mommy furballs at 10pm with my sister and brother at Aunty E's home. Try pujuk dia lagi kot2 boleh dapat another cat. Unfortunately, jawapan dia sangat lah mengecewakan dan menyakitkan hati. Ok stop! Malas nak cerita pasal aunty yang *tuuuttt*

Masa pegang mummy furballs, alhamdulillah dia ok je, takde la respond macam nak gaduh je kan. Dalam kereta pun dia duduk diam je kat sit belakang, amboih dah macam big boss pula! haha. Bila sampai rumah diam-diam masukkan kat cage tanpa pengetahuan ibu yang kat dalam bilik dia. *syyyhhh! dun tell her okay!* Habis doa dah ni. Bila masuk cage, mummy furballs buat2 tak kenal la pula dengan furballs. Hey tu anak kau lah! Yang furballs pula tercium-cium mummy dia. Dia 'scan' dulu beb! Mummy suka mendengus garang.


Hins...hinss...shampoo apa ni mummy?

Mummy furballs berdiri angkuh..queen lah tu!

After line clear, *my mum dah tidur* terus bawa semua masuk dalam bilik. Selalu furballs akan melenting berkejar sana sini, tapi bila ada mummy dia, semua keras je, masing-masing mendengus, nasib bila belai2 mummy furballs dia okay je. 


Petang tadi, i went to Mesra petshop. Macam biasa masuk sana mesti 'self service'. Lagi-lagi akak kat kaunter yang muka toya tu. Lempang baru tau! The petshop should be named as 'SOMBONG PETSHOP' instead of 'Mesra petshop'. Hee...staf2 dia yang lain pun lebih kurang. Tak tahu nak recommend product apa yang bagus. Apa yang kita pegang tu je la dia cakap bagus. Kalau tak kerana terdesak tak hingin saya pergi situ tau! 

Keadaan belakang Mesra petshop, hotel diorang kot!

Mummy furballs getting frustrated and dissappointed!

The good thing

Yesterday, i received sms from Kak Sue

Salam...sue nak tanye kalo2 u berminat ngan kucing2 dewasa tak?? Sue terpaksa let go kucing2 sue sebab anak sue asthma. Baru2 ni semakin teruk asthma dia. Doctor advise jangan simpan pet. Sue nak cari org. yg betul2 sayang kucing, mcm u...kalo u berminat ngan 4 ekor kucing tu, sue bagi skali ngan cage yg besar (muat 3 ekor) ngan yg kecil (muat 1)...

Kak sue adalah owner yg jual furballs kat saya, kucing2 dia yg len semua cantik2...kak sue contact sy sebab dia percaya kat saya boleh jaga kucing tu dengan baik...kak sue nak bagi for free okay?! kucing dia semua persian, 3 ekor tu white colour and 1 is orange which is mama furballs. haa...kalau org dah bg takkan nak tolakkn? dah la kak sue put the priority for me utk adopt kucing tu sblm dia consider org lain. Thanks kak sue! tapi my mum mesti not agree kan...so ikutkan degil saya decide untuk amik mama furballs je dgn niat xperlu pisahkan furballs and mama dia walaupun antara 4 ekor tu, dia yang paling kurus and kurang cantik sebab banyak kali preggy. Then i decide to offer this to kawan ibu yang gila kucing juga.

The bad thing

Mula-mula aunty tu agree nak bela 3-3, but call lagi sekali dia cakap ambil sekor je sebab husband dia tak suka, seekor bagi sister dia, seekor lagi bagi kat kawan dia. Part ni dah frust dah. Ingatkan dia nak jaga semua tanak separate kan kucing tu, sebab saya tau kak sue pun mesti lagi suka kalau kucing2 dia still living together.

Today, i call my dad cerita pasal kak sue offer kucing2 dia. Then, suddenly ayah cakap, ayah nak seekor pula. So call la Aunty tu cakap nak seekor, dia kata ok. Boleh2. Memang dah happy la kan. Saya minta sekali cage yang besar and she agree too! Mesti my sister and brother suka sangat since diorang nak sangat bela kucing. Kak sue hantar malam tadi juga sebab weekend ni dia outstation. Sanggup kak sue datang jauh dari Ampang ke Bandar Baru Bangi bagi kucing kat cat lover for free! For the time being, kak sue serahkan semua kat Aunty tu sebab saya bekerja malam semalam. Tapi dah inform manager awal2 maybe saya cuti. Dengan harapan kak sue tak jadi hantar malam tadi, so saya boleh jumpa kak sue sekali.

Bila dah tahu kak sue rupanya dah hantar malam tadi, so saya pergi je la kerja kan. Selepas tol Sg Besi, muka terus berubah, takda mood lepas baca sms dari Aunty E.


AnT amek all the 3 cats lah. My kids ada 3org n all of them nak. I told Sue. U can have more when ur kittens n the mum give birth hehehe anak2 anT kena 1 sorang.
What The F....ish!!! Terus saya confirm cuti with my manager and drive to KLCC nak sejukkan hati. Kalau ye pun nak kucing tu tak boleh call terus bincang dulu? kan lagi proper...siap pandai suggest boleh dapat kittens when the mum give birth konon. Hey rasa macam tak mengenang budi betul! Awak tu pun dapat kucing for free BECAUSE OF I RECOMMEND YOU TO ADOPT THE CATS DEKAT KAK SUE TAU! NOW YOU BECOME SO GREEDY!!! dah la dapat for free. Kalau tak sebab saya, bulu kucing tu pun Aunty tak dapat sentuh tau!. Nak tamak lagi. OK malas cakap dah. Im sick of YOU!

Saturday, February 12, 2011

Sleeping furballs!


Haa..nak tengok yuki tidur? Watch the video. Taktau kenapa pilih lagu tu. Haha.

Friday, February 11, 2011

Kitten for adoption!




Please adopt this kitten, kesian dia kurus sangat. Saya jumpa dia merayap kat tempat parking, UKM. Takut dia kena langgar so saya bawa balik. Mandikan sekali sebab dia comot sangat. Maybe jatuh longkang. Nak bela my mum tak bagi. T.T Ni domestic LONG HAIR. So kalau dijaga dengan baik mesti cantik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...